top of page

T7 Global berjaya keluarkan gas di Sarawak


T7 Global berjaya keluarkan gas di Sarawak
T7 Global Berhad

T7 Global berjaya keluarkan gas di Sarawak

KUALA LUMPUR: Tanjung Offshore Services Sdn Bhd, anak syarikat T7 Global Bhd mengumumkan kejayaan pengeluaran gas oleh Unit Pengeluaran Luar Pesisir Mudah Alih (MOPU) TSEVEN ELISE di Lapangan Bayan, luar pesisir Sarawak.


Pencapaian bermakna itu menandakan permulaan rasmi sumbangan daripada MOPU TSEVEN ELISE yang menyediakan pendapatan tetap dan berluang bagi T7 Global untuk 10 tahun akan datang.


Terletak strategik di sub-blok 4Q-21 dekat daerah Balingian, kira-kira 80 kilometer barat laut Bintulu Malaysia LNG (MLNG) dan beroperasi di perairan sedalam kira-kira 30 meter, MOPU TSEVEN ELISE dibina khas untuk Fasa 2 Projek Pembangunan Semula Gas Bayan.


Kemudahan moden itu merangkumi sistem pemampatan gas tercanggih dengan kapasiti untuk memproses dan mengeksport sehingga 100 juta kaki padu standard sehari (SCFD) ke kemudahan MLNG di Bintulu, Sarawak.


Ketua Pegawai Eksekutif T7 Global, Tan Kay Zhuin, berkata syarikat menzahirkan penghargaan kepada PETRONAS Carigali Sdn Bhd, kerana meletakkan kepercayaan kepada T7 Global untuk projek berkenaan.


"Kami berbangga mencatatkan pencapaian mengagumkan 2.2 juta masa bekerja dengan sifar kecederaan masa hilang (LTI).


"Pasukan projek dan kontraktor yang berdedikasi berhak diiktiraf di atas komitmen tidak berbahagi mereka menyiapkan projek MOPU ini dengan selamat serta cekap," katanya dalam satu kenyataan.


Menuju ke hadapan, T7 Global komited untuk mengoptimumkan operasi MOPU, memastikan masa pengeluaran tidak terganggu sambil mengutmakan perlindungan alam sekitar.


Permulaan fasa pengeluaran di Lapangan Bayan akan menjamin kestabilan bekalan kepada pasaran gas.


Kay Zhuin berkata, T7 Global berbangga depan pencapaian bermakna ini, kerana ia mengukuhkan lagi kedudukan kumpulan sebagai penyedia penyelesaian MOPU dalam industri tenaga.


"Menerusi idea inovatif dan komitmen tidak berbelah bahagi kepada kecemerlangan, T7 Global memacu kemajuan keupayaan pengeluaran gas Malaysia dan mengukuhkan sumbangan kepada landskan tenaga negara," katanya.


Sumber: Berita Harian


T7 Global berjaya keluarkan gas di Sarawak

Comments


bottom of page