top of page

T7 Global dapat kontrak RM150 juta



KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh T7 Global Bhd, Tanjung Offshore Services Sdn Bhd memperoleh dua kontrak dengan nilai gabungan RM150 juta bagi kerja-kerja operasi dan penyenggaraan serta perkhidmatan telaga bersepadu.


Ia menjelaskan, surat tawaran daripada Petronas Carigali Sdn Bhd adalah bagi pembekalan perkhidmatan penyumbat dan penamatan bersepadu bagi medan minyak M3, sah mulai 14 Oktober 2021 hingga 31 Disember 2022.


Tawaran daripada PTTEP Group pula adalah pembekalan perkhidmatan penyenggaraan penjana Gastec nitrogen dan alat ganti, sah dari 2 Julai 2022 hingga 1 Julai, 2023, menurutnya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia.


Pengerusi T7 Global, Datuk Seri Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani berkata dengan tawaran M3 itu, pihaknya mengukuhkan kedudukan sebagai peserta perkhidmatan telaga bersepadu di Malaysia selain mengesahkan keupayaan teknikalnya untuk melaksanakan projek luar pesisir yang sukar dalam rantaian nilai tenaga.


"Perkhidmatan telaga bersepadu, yang meliputi ulang kerja ke atas telaga pengeluaran dan penamatan telaga lama akan menjadi sebahagian daripada penyelesaian tenaga jangka panjang T7," katanya dalam kenyataan media.


Beliau berkata, T7 yakin dengan prospek industri minyak dan gas tempatan dengan PETRONAS memaksimumkan pengeluaran minyaknya dalam jangka pendek dan menjangkakan 500 telaga akan ditutup selamanya pada 2030.


Sumber: Berita Harian

14 views
EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2024 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page