top of page

T7 Global menang projek bernilai RM100 juta


T7 Global Bhd
T7 Global Bhd

T7 Global Bhd

KUALA LUMPUR: T7 Global Bhd melalui segmen perniagaan tenaga untuk perkhidmatan pengambilan dan tenaga kerja serta perkhidmatan pembinaan luar pesisir, memenangi dua projek bernilai RM100 juta.


Projek pertama dianugerahkan oleh kumpulan PTTEP bagi perkhidmatan pengambilan dan tenaga kerja, manakala projek kedua daripada Hibiscus Oil & Gas Malaysia Ltd untuk penyediaan kemudahan penyebaran perkhidmatan untuk platform South Angsi Alpha di pantai timur Semenanjung Malaysia.


Ketua Pegawai Eksekutif T7 Global, Tan Kay Zhuin, berkata dengan kemenangan bidaan projek itu, kumpulan optimis segmen tenaga kerja akan terus berkembang di peringkat serantau.


"Anugerah daripada Hibiscus menandakan satu peristiwa penting bagi kumpulan untuk melaksanakan projek penyahtauliahan kemudahan luar pesisir dalam skala itu.


"Terdapat inisiatif untuk 'rig-to-reef' dengan menukar struktur kepada tukun tiruan untuk meningkatkan habitat marin di lokasi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Kay Zhuin berkata, T7 Global juga melihat ia sebagai pendekatan yang mampan untuk pengendali minyak dan gas bergerak ke hadapan, yang boleh menyumbang kepada agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).


"Oleh itu, dalam beberapa tahun akan datang, syarikat akan melihat kepada projek berkaitan ESG di rantau ini," katanya.


T7 Global menjangkakan kedua-dua projek itu akan menyumbang secara positif terhadap pendapatan dan aset bersihnya untuk dua tahun akan datang.


Sumber: Berita Harian


16 views

Commentaires


bottom of page