top of page

SPRM bantu pantau dana RM320 juta selesai isu air Sabah - Azam Baki


SPRM bantu pantau dana RM320 juta selesai isu air Sabah - Azam Baki
Imbas kembali:Barang-barang kemas, duit kertas berjuta-juta, beg tangan yang berjenama, kereta mewah antara yang dirampas oleh MACC dari rumah-rumah pegawai Jabatan Air. (sumber foto: Borneo Today)

SPRM bantu pantau dana RM320 juta selesai isu air Sabah - Azam Baki

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membantu memantau pengurusan dana sebanyak RM320 juta yang diperuntukkan Kerajaan Persekutuan kepada negeri Sabah untuk menyelesaikan masalah air di negeri itu.


Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, arahan telah diberikan kepada SPRM Sabah untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi memastikan peruntukan tersebut dibelanjakan secara berhemah dan mengikut prosedur undang-undang.


“Kita berharap peruntukan ini dibelanjakan dengan berhemah dan juga baik dan juga mengikut proses undang-undang yang telah ditetapkan kerana ini berdasarkan juga sebelum pada ini ada beberapa kes melibatkan isu di Sabah yang telah disiasat oleh SPRM sehingga dibawa ke mahkamah.


Jadi SPRM akan memantau projek-projek yang dijalankan dengan kerjasama kerajaan negeri,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pertandingan Akhir Debat Antirasuah Institusi Pengajian Tinggi Piala Ketua Pesuruhjaya SPRM 2023, di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini pada Khamis.


Pada masa sama menurut Azam, Kerajaan Negeri Sabah setakat ini telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam usaha memerangi rasuah dan ketirisan menerusi perbelanjaan untuk meningkatkan integriti penjawat awam di negeri itu selain bekerjasama rapat dengan SPRM berkaitan kes-kes melibatkan rasuah.


“Saya memuji Kerajaan Negeri Sabah yang memberi kerjasama yang penuh kepada SPRM dan juga bukan itu sahaja, Kerajaan Negeri Sabah juga berbelanja dengan kos yang intensively dalam meningkatkan integriti pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Sabah.


Banyak program-program telah dilaksanakan selain daripada kes-kes yang perlu kami siasat diminta oleh Kerajaan Negeri Sabah untuk kita siasat,” katanya lagi.


Sumber: Astro Awani


SPRM bantu pantau dana RM320 juta selesai isu air Sabah - Azam Baki

Commentaires


bottom of page