top of page

Shell tamatkan kontrak anak syarikat Sapura Energy


Shell tamatkan kontrak anak syarikat Sapura Energy
Sapura Energy Bhd

Shell tamatkan kontrak anak syarikat Sapura Energy

KUALA LUMPUR: Sapura Energy Bhd mengumumkan bahawa Shell Eastern Petroleum (Pte) Ltd telah menamatkan kontrak yang diberikan kepada anak syarikat milik penuhnya, Sapura Offshore Sdn Bhd (SOSB).


Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Sapura Energy berkata kontrak itu adalah untuk kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pemasangan projek pembaharuan saluran paip tambatan tunggal fasa II.


"Pemberhentian itu dibuat berikutan mesyuarat antara kedua-dua pihak pada 5 Oktober 2023. Sehubungan itu, tanpa pengakuan liabiliti serta mengekalkan semua hak SOSB, kontrak itu dipertimbangkan tamat oleh Shell," katanya.


Sapura Energy juga berkata SOSB telah mendapatkan nasihat daripada peguam luarnya dan akan terus berbuat demikian mengenai kedudukan undang-undang SOSB di dalamnya.


Sumber: Berita Harian


Shell tamatkan kontrak anak syarikat Sapura Energy


Comments


bottom of page