top of page

Seni bina harus jadikan kemampanan alam sekitar sebagai agenda utama


Seni bina harus jadikan kemampanan alam sekitar sebagai agenda utama
Gambar hiasan: Senibina berkonsepkan brutalism yang semakin mendapat tempat di hati penduduk bumi

Seni bina harus jadikan kemampanan alam sekitar sebagai agenda utama

KUALA LUMPUR – Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) disaran menjadikan kemampanan alam sekitar sebagai agenda utama dalam apa sahaja bentuk projek pembinaannya.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, aspek itu amat penting kerana dunia kini menghadapi cabaran dek kerana perubahan iklim dunia.


“Cabarannya ialah bagaimana kita nak membina sebuah bangunan yang dapat diselarikan dengan alam sekitar dengan keadaan persekitaran dan keperluan untuk mesra kepada alam, manusia dan yang lebih utama lagi sektor pembangunan mampan alam bina.


“Di sinilah cabaran kepada semua aktikek semua disebabkan kita akan menghadapi cabaran cuaca ekstrem di dalam dunia yang semakin mencabar sekarang.


“Jadi susunan bangunan dan infrastruktur mestilah melihat kepada keadaan ini sebab itulah kemampanan alam sekitar mesti menjadi agenda perjuangan kita semua,” katanya ketika merasmikan sambutan 50 tahun Lembaga Arkitek Malaysia (LAM), malam tadi.


Mengulas lanjut, Fadillah berkata, langkah itu wajar bagi negara melihat gambaran besar dan kembali meneliti dasar-dasar yang lebih berorientasikan masa depan demi membina negara bangsa.


“Justeru itu setiap jurubina perlu menghayati enam Rukun Utama Malaysia Madani yang mendokong teras pembangunan manpan alam bina iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan,” katanya.


Dalam majis tersebut, Arkitek Hijjas Kasturi dipilih sebagai penerima Pingat Presiden LAM 2023.


Anugerah disampaikan Fadilah dengan disaksikan Presiden LAM, Datin Yong Razidah Rashid.



Seni bina harus jadikan kemampanan alam sekitar sebagai agenda utama


8 views

Comments


bottom of page