top of page

Projek transit Johor: Perubahan ART ke rel cetus persoalan

  • May 13
  • 1 min read
Gambar hiasan | EvolusiBina
Gambar hiasan | EvolusiBina

JOHOR


  1. Perubahan konsep teknikal projek
    • Projek ini asalnya ditenderkan sebagai sistem Transit Aliran Autonomi Bertingkat (E-ART) yang beroperasi dengan tayar getah dan automatik sepenuhnya menurut RFP oleh UKAS bertarikh 12 Mac 2025.

    • Terkini, kenyataan syarikat Ancom Nylex Berhad mencadangkan projek tersebut kini dikaitkan sebagai sistem berasaskan rel.

    • Perubahan ini memunculkan persoalan ketelusan dan keseragaman syarat tender kepada pembida.


  2. Ketidakpadanan dokumen & kenyataan rasmi
    • Perunding pengangkutan (Rosli Khan) menegaskan bahawa penukaran istilah teknikal dari E-ART ke sistem rel perlu dijelaskan secara rasmi oleh UKAS.

    • Perbezaan teknikal ini bukan sekadar istilah tetapi melibatkan teknologi, kos, operasi, fungsi dan kesesuaian infrastruktur.


  3. Isu ketelusan proses tender
    • Persoalan ditimbulkan mengenai:

      • Bilakah perubahan dibuat?

      • Mengapa ia dibuat tanpa pengumuman jelas?

      • Bagaimana keputusan ini mempengaruhi pembida yang mengemukakan E-ART?

      • Adakah proses lebuh telus dan adil tetap dikekalkan?

    • Kelemahan ini boleh menyebabkan kontroversi dan menjejaskan keyakinan pelabur, kontraktor, dan konsultan.


  4. Objektif dan sambungan transit
    • Sistem transit yang dicadangkan bertujuan:

      • Menyediakan perkhidmatan transit di 3 koridor utama Iskandar Malaysia.

      • Mempunyai 32 stesen yang bersambung dengan Bukit Chagar, hab pertukaran utama untuk RTS Johor Bahru-Singapura.

    • Kos pembangunan sistem rel dijangka sekitar RM7 bilion menurut laporan The Edge.


  5. Isu pelaksanaan & keperluan penjelasan kerajaan
    • Penjelasan rasmi dari UKAS / JPM / kerajaan negeri Johor / Perbadanan Pengangkutan Awam Johor diperlukan bagi:

      • Menjelaskan rationale teknikal dan kewangan perubahan.

      • Menjamin ketelusan tender serta pematuhan RFP asal atau pindaan yang sah.

    • Masalah ini memberi impak kepada perancangan R&D teknologi, penilaian kos, masa pulangan pelaburan serta risiko projek.



Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2026 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page