Projek Pan Borneo Sabah lebih 10 tahun masih belum siap, sembilan pakej sakit

SABAH
Projek Pan Borneo Sabah Fasa 1 masih belum selesai selepas lebih 10 tahun
Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah Fasa 1 dirancang sejak 2015 dan mempunyai 35 pakej kerja dengan keseluruhan jajaran sekitar 706 kilometer.
Setakat 31 Mac 2026, hanya 4 daripada 35 pakej telah disiapkan, bersamaan 11.4%.
Sebanyak 31 pakej atau 88.6% masih dalam pelaksanaan dengan nilai RM16.319 bilion.
Sembilan pakej kerja dikategorikan sebagai projek sakit
Daripada 31 pakej yang masih dalam pelaksanaan:
9 pakej dikategorikan sebagai projek sakit;
13 pakej mengalami kelewatan jadual; dan
9 pakej mendahului jadual.
Sebahagian pakej menghadapi masalah serius, manakala sebahagian lain masih mampu bergerak mengikut atau mendahului perancangan.
Pendekatan pemulihan perlu dibuat mengikut pakej, bukannya menganggap keseluruhan projek mempunyai masalah yang sama.
Isu Arahan Perubahan Kerja bernilai RM513.99 juta menjadi perhatian audit
LKAN mengenal pasti kelulusan Arahan Perubahan Kerja (APK) yang melebihi had kuasa berjumlah RM513.99 juta sebagai antara ketakteraturan serius.
Tuntutan kos utiliti RM41.37 juta turut tertangguh
Audit turut merekodkan kelewatan tuntutan kos utiliti bagi projek yang telah siap berjumlah RM41.37 juta.
Isu utiliti sering menjadi antara punca kritikal kelewatan projek jalan raya kerana melibatkan pelbagai pemilik aset seperti paip air, kabel elektrik, telekomunikasi dan infrastruktur sedia ada.
Penyelarasan utiliti perlu dimulakan lebih awal dalam fasa perancangan dan reka bentuk, bukannya hanya diselesaikan apabila kerja pembinaan sudah berada di tapak.
Masalah koordinasi bukan isu baru bagi LPB Sabah
Pada 2024, KKR telah menyatakan bahawa LPB Sabah Fasa 1A menghadapi masalah termasuk koordinasi antara kontraktor, syarikat, agensi kerajaan dan konsultan.
Ketika itu, empat daripada 15 pakej Fasa 1A telah siap dan baki 11 pakej dijangka disiapkan pada suku pertama 2026.
Perkembangan LKAN 2026 menunjukkan sebahagian cabaran tersebut masih mempunyai implikasi terhadap keseluruhan pelaksanaan Fasa 1.
Pengajaran besar untuk pengurusan projek infrastruktur mega
Kes LPB Sabah memperlihatkan bahawa kejayaan projek mega bukan hanya bergantung kepada kemampuan kontraktor membina di tapak.
Ia turut bergantung kepada:
perancangan awal;
pengambilan tanah;
pengalihan utiliti;
penyelarasan agensi;
reka bentuk;
pengurusan perubahan;
pentadbiran kontrak;
pemantauan kemajuan; dan
mekanisme intervensi awal apabila pakej mula menunjukkan tanda-tanda sakit.
Pada 2025, KKR/JKR Sabah sendiri mengambil pendekatan seperti penubuhan jawatankuasa pemandu dan bengkel pengenalpastian risiko bagi menangani isu pengambilan tanah, utiliti serta risiko pelaksanaan Fasa 1A/1B.
Perbandingan Sabah dan Sarawak memberikan pengajaran penting
LKAN turut menunjukkan perbezaan prestasi antara kedua-dua projek Pan Borneo.
Bagi LPB Sarawak, 10 pakej telah siap sepenuhnya dan satu lagi pakej, WP11, mencapai 99.9% setakat 31 Mac 2026.
Namun, projek Sarawak juga tidak terlepas daripada isu tadbir urus kontrak, termasuk tuntutan pengalihan dan pemasangan semula utiliti sebanyak RM1.780 bilion yang belum dilaksanakan serta bayaran RM32.07 juta bagi sistem maklumat projek yang tidak lagi boleh diakses selepas tamat perjanjian.
Sinar Harian | Noor Ainon Mohamed





Comments