top of page

Projek naik taraf Jalan Padawan perlu kontraktor penyelamat: Sagah


Projek naik taraf Jalan Padawan perlu kontraktor penyelamat: Sagah
Gambar hiasan

Projek naik taraf Jalan Padawan perlu kontraktor penyelamat: Sagah

KUCHING: Projek menaik taraf Jalan Padawan bernilai RM80 juta kini memerlukan kontraktor penyelamat bagi melaksanakan kembali projek berkenaan.


Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata ia tidak dapat dilaksanakan ekoran kekurangan tenaga buruh dan permintaan pampasan daripada penduduk setempat.


“Apabila COVID-19 melanda pekerja dari Indonesia tidak dapat masuk menyebabkan kontraktor terdahulu terpaksa menarik diri daripada projek tersebut.


“Sementara penduduk pula meminta pampasan tambahan biarpun sudah dibayar pampasan itu sebelum ini,” katanya dalam laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).


Beliau berkata demikian pada majlis perasmian projek siap di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) Kampung Peraya mulai tahun 2018 sehingga 2023 di Siburan, pada Sabtu lepas.


Difahamkan, sebanyak 37 projek telah dijalankan sejak tahun 2018 hingga 2023 dengan perbelanjaan menelan kos sebanyak RM4 juta keseluruhannya.


Sehubungan itu, Sagah meminta penduduk setempat untuk bersabar kerana kini terpaksa mencari kontraktor penyelamat bagi projek naik taraf Jalan Padawan yang pada mulanya bernilai RM80 juta.


“Kita harap penduduk memberi sokongan penuh dalam kerja-kerja menaik taraf Jalan Padawan dengan harapan projek dapat dilaksanakan dalam masa terdekat,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat itu.


Turut hadir, Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak Damen Rejek, pemangku Pegawai Daerah Siburan Wee Chung Yee dan Temenggung Bidayuh Bahagian Serian Henry Bujang Sendan.



Projek naik taraf Jalan Padawan perlu kontraktor penyelamat: Sagah

bottom of page