top of page

RM15.98 juta untuk projek pembangunan, infrastruktur jalan raya di Kelantan


RM15.98 juta untuk projek pembangunan, infrastruktur jalan raya di Kelantan
Gambar hiasan: Keadaan trafik di Kelantan di musim perayaan

RM15.98 juta untuk projek pembangunan, infrastruktur jalan raya di Kelantan

GUA MUSANG – Kementerian Kerja Raya (KKR) memperuntukan sebanyak RM15.98 juta untuk melaksanakan projek bangunan, infrastruktur keselamatan dan perkhidmatan jalan raya di Kelantan.


Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) KKR, Datuk Zahrul Hakim Abdullah berkata, peruntukan berkenaan melibatkan 35 projek pembinaan di seluruh negeri ini.


Katanya, jumlah itu termasuk lapan kerja pemasangan lampu jalan di kawasan kemalangan atau berisiko kemalangan akibat jalan gelap dengan kos keseluruhan berjumlah RM1.3 juta.


“Senarai projek yang terlibat di negeri ini antaranya pembinaan Dewan Terbuka Untuk Pejabat Daerah Pertahanan Awam Gua Musang dengan kos sebanyak RM1.68 juta dan menaik taraf infrastruktur Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli dengan kos sebanyak RM6.06 juta.


“Selain itu, sebanyak 25 projek lain membabitkan kerja-kerja penyelenggaraan di sekitar daerah di Kelantan. Menerusi projek-projek infrastruktur itu, ia akan memberi banyak manfaat dan menyumbang kepada peningkatan sosioekonomi rakyat di negeri ini,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan Surat Setuju Terima (SST) kepada 35 kontraktor pada Majlis Penyerahan SST Projek-Projek di Negeri Kelantan di Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Gua Musang, di sini hari ini.


Sumber: Kosmo!


RM15.98 juta untuk projek pembangunan, infrastruktur jalan raya di Kelantan


bottom of page