top of page

Potong barisan punca kekecohan pekerja asing di tapak pembinaan


Potong barisan punca kekecohan pekerja asing di tapak pembinaan
Tangkap layar kejadian yang tular kejadian kekecohan di tapak pembinaan sebuah pangsapuri di Bukit Tinggi, Klang. AAA

Potong barisan punca kekecohan pekerja asing di tapak pembinaan

KLANG - Kekecohan melibatkan pekerja asing yang berlaku di tapak pembinaan sebuah pangsapuri di Bukit Tinggi, di sini dipercayai berpunca kerana memotong barisan untuk masuk bekerja.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, siasatan mendapati kejadian itu berlaku pada jam 8 pagi, Julai lalu.

Kerjaya Madani Politeknik Shah Alam

Menurutnya, pada masa itu, tiga pekerja asing telah memotong barisan untuk masuk bekerja menyebabkan berlakunya pertengkaran mulut dan tolak menolak antara pekerja asing sebelum dileraikan.

"Dalam kejadian ini, tiada yang cedera serta pihak pengurusan telah menyelesaikan masalah itu secara dalaman.

"Polis juga telah mengenal pasti individu yang memuat naik video terbabit di aplikasi TikTok," katanya dalam kenyataan pada Rabu.


Sebelum itu, polis telah mengesan satu rakaman video berdurasi 37 saat pada Selasa memaparkan kejadian rusuhan di tapak pembinaan terbabit.


Justeru, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan video terbabit bagi mengelakkan kegusaran masyarakat.


Sumber: Sinar Harian


Potong barisan punca kekecohan pekerja asing di tapak pembinaan


32 views
bottom of page