92 hilang tempat berteduh, rumah pekerja terbakar
- Ridhwanisme
- Aug 14, 2023
- 1 min read

Sarikei: Seramai 92 pekerja warga Indonesia hilang tempat berteduh selepas dua blok rumah pekerja di tapak pembinaan di Muara Lassa, di sini, musnah dalam kebakaran, hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daro dihantar ke lokasi sejurus menerima panggilan pada 7.15 pagi.
Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, anggota bomba mendapati api sedang marak memusnahkan dua blok rumah pekerja jenis tidak kekal yang mempunyai 32 bilik itu.
"Kebakaran yang berlaku tidak mendatangkan kecederaan atau kemalangan jiwa kerana kesemua mangsa berjaya menyelamatkan diri," katanya dalam kenyataan, di sini.
Katanya, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Sumber: Harian Metro
92 hilang tempat berteduh, rumah pekerja terbakar
Comments