top of page

Petronas sahkan Rapid Pengerang terbakar


KOTA TINGGI: Sebuah kilang petrokimia bagi pembangunan hab industri minyak dan gas penapis di Pengerang, Johor dilaporkan meletup dan terbakar jam 1.25 pagi tadi.


Menerusi video yang tular di media sosial, letupan itu dipercayai turut menyebabkan gegaran yang dirasai sehingga ke Pasir Gudang.


Tinjauan di kawasan itu pagi ini mendapati api sudah dipadamkan.


Sementara itu Petronas dalam kenyataan mengesahkan berlaku letupan dan kebakaran di Kompleks Bersepadu Pengerang jam 1.25 pagi tadi.


“Pasukan kecemasan dan kebakaran kami dikerahkan ke lokasi kejadian dan api dapat dipadamkan dalam 30 minit kemudian.


“Ketika ini situasi dalam keadaan terkawal dan pihak berkuasa sudah pun dimaklumkan mengenai kejadian itu.


“Punca kejadian masih dalam siasatan dan maklumat lanjut akan disalurkan kemudian,” menurut kenyataan itu.



129 views
bottom of page