top of page

Perkenal kaedah moden untuk lonjakkan produktviti pembinaan - MPC


Perkenal kaedah moden untuk lonjakkan produktviti pembinaan - MPC
Gambar hiasan

Perkenal kaedah moden untuk lonjakkan produktviti pembinaan - MPC

KUALA LUMPUR: Pendekatan dalam bentuk kaedah pembinaan yang moden (MMC) perlu diperkenalkan bagi menyokong dan melonjakkan pertumbuhan projek-projek infrastruktur awam dan pembangunan perumahan mampu milik di lokasi strategik, kata Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).


Dalam kenyataan hari ini, MPC berkata pelaksanaan MMC perlu bermula seawal fasa visi serta reka bentuk dan diteruskan pada fasa akhir pembinaan termasuk peringkat pra, dalam dan pasca pembinaan.


Wira Nexus Produktiviti Pembinaan dan Alam Bina (COBEPN) Datuk Seri Michael Yam berkata pelaksanaan MMC secara berperingkat yang berdasarkan pelan tindakan jelas, juga perlu diperkenalkan pada tempoh sepanjang fasa pembangunan dan persekitaran binaan terbabit.

Kerjaya Madani Politeknik Shah Alam

Timbalan Ketua Pengarah MPC Zahid Ismail pula berkata produktiviti sektor pembinaan bukan hanya satu matlamat, namun menjadi keperluan bagi pertumbuhan yang mampan.


"Oleh itu, penerimagunaan MMC di sepanjang kitaran hayat pembinaan itu tidak hanya merupakan pendekatan yang berpandangan jauh, tetapi satu langkah penting bagi mencapai produktiviti lebih tinggi dalam industri," katanya.


Selain itu, MPC berkata, salah satu inisiatif COBEPN adalah program 'Productivity Step-Up' (Peningkatan Produktiviti) yang bertujuan menggalakkan kontraktor menggunapakai MMC.


"Program ini dikendalikan bersama penyedia teknologi yang akan membantu syarikat-syarikat pembinaan dalam menerimaguna teknologi. Selain itu, program ini menggalakkan peserta untuk mengenali dan menilai sebarang cabaran ketika pembinaan serta meneroka penyelesaian teknologi untuk mengatasi cabaran berkenaan.


"Teknologi ini menyediakan penyelesaian inovatif dan peluang untuk mengurangkan pelepasan selain meningkatkan aspek kemampanan. Mereka akan turut membantu mengurangkan tenaga kerja dan mempercepat pembinaan dengan hasil lebih berkualiti yang secara tidak langsung membawa kepada penyampaian perumahan mampu milik secara lebih cekap," katanya.


Di bawah MPC, COBEPN diwujudkan menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 dan menjadi antara inisiatif kerajaan untuk meningkatkan produktiviti dan pertumbuhan ekonomi negara menerusi kerjasama antara kerajaan, pemain industri dan ahli akademik.


Sumber: Astro Awani


Perkenal kaedah moden untuk lonjakkan produktviti pembinaan - MPC


5 views
bottom of page