top of page

Malaysia akan terus pelajari inovasi pembinaan rumah dari China


Malaysia akan terus pelajari inovasi pembinaan rumah dari China
Gambar hiasan

Malaysia akan terus pelajari inovasi pembinaan rumah dari China

NANNING: Malaysia akan terus mempelajari inovasi pembinaan rumah dari China dalam usaha menyediakan kediaman lebih selamat untuk rakyat, kata Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.


Nga, yang menghadiri Mesyuarat Meja Bulat Peringkat Menteri China-ASEAN mengenai Pembinaan di sini, berkata langkah itu juga mampu menyediakan kediaman yang lebih selesa untuk rakyat Malaysia.


Katanya Inisiatif Nanning yang diluluskan oleh 10 negara anggota ASEAN dan China pada Sabtu akan membolehkan suara Malaysia didengari di peringkat antarabangsa.

Kerjaya Madani Politeknik Shah Alam

"Malaysia akan kekal terbuka di arena antarabangsa dan terus menjalin kerjasama dengan China serta ASEAN ke arah mencapai situasi menang-menang," katanya kepada wartawan Malaysia.


Mesyuarat meja bulat itu adalah usaha untuk mempercepat Agenda Pembangunan Mampan 2030, memperkukuh Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan kerjasama China-ASEAN dalam bidang perumahan selain pembangunan bandar serta luar bandar.


Sumber: Astro Awani


Malaysia akan terus pelajari inovasi pembinaan rumah dari China


5 views
bottom of page