top of page

KPKT bangunkan pangkalan data integrasi Rumah Mampu Milik


KPKT bangunkan pangkalan data integrasi Rumah Mampu Milik
Foto fail NSTP

KPKT bangunkan pangkalan data integrasi Rumah Mampu Milik

PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang membangunkan pangkalan data bagi mengintegrasikan maklumat daripada pelbagai agensi termasuk swasta berkaitan Rumah Mampu Milik.


Timbalan Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata pangkalan data itu penting bagi memastikan pengurusan pasaran Rumah Mampu Milik menjadi lebih adil dan telus.


"Rumah Mampu Milik ini dibina oleh pelbagai agensi termasuk yang di bawah kawalan KPKT tetapi ada juga di bawah kawalan kerajaan negeri selain ada juga yang dibina oleh swasta.

Kerjaya Madani Politeknik Shah Alam

"Jadi itu mungkin antara penyebab yang menjelaskan berlakunya kelompongan sehingga ada pihak menikmati lebih daripada sebuah Rumah Mampu Milik," katanya ditemui selepas menyempurnakan Majlis Pembukaan Persidangan Presiden Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata di sini, hari ini.


Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha KPKT, Suhaimi Ali dan Pengerusi Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata, D Sunita Kaur Jessy.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat semalam, yakin sasaran membina 500,000 unit Rumah Mampu Milik dalam RMK12 akan tercapai.


Keyakinan itu disuarakannya melalui pembabitan semua sektor awam dan swasta selepas sebanyak 108,373 unit Rumah Mampu Milik sudah dibina sehingga akhir tahun lalu.


Mengulas lanjut mengenai KSP RMK12, Akmal Nasullah berkata, pihaknya menyambut baik pembentangan berkenaan yang menjadi garis panduan kepada KPKT dalam sektor perumahan.


"Seperti yang dinyatakan Perdana Menteri, kita perlu melihat kepada hasrat bahawa ini bukan lagi kepada soal pemilikan sebaliknya melihat kediaman itu sebagai tempat tinggal.


"Sebab itu, terdapat keperluan di peringkat kerajaan untuk melihat kembali beberapa faktor, bagaimana kita tingkatkan lagi jumlah Rumah Mampu Milik yang boleh dibina atau siap dibina sama ada daripada agensi kerajaan, negeri mahupun swasta," katanya.


Sementara itu, beliau berkata, KPKT sedang mengkaji untuk menambahbaik elaun yang diberikan kepada Presiden Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata.


"Dari segi dasar, KPKT melihat pencapaian presiden tribunal ini, jadi kita bersedia untuk mengkaji kadar elaun yang diterima mereka cuma dari segi kadarnya, kita akan umumkan kemudian," katanya.


Sumber: Berita Harian


KPKT bangunkan pangkalan data integrasi Rumah Mampu Milik


5 views

Comments


bottom of page