top of page

Kebangkitan digitalisasi dalam industri air


ICC Air Selangor juga menampilkan integrasi dengan Model Hidraulik Dalam Talian, sistem integrasi end-to-end untuk memantau, menganalisis, dan memodelkan sistem pengedaran dalam masa nyata.

KEMAJUAN teknologi dan tren data memesatkan peningkatan kebolehupayaan sesebuah organisasi untuk mencapai hasil yang lebih signifikan. Dengan memanfaatkan potensi teknologi digital, syarikat pengurusan perkhidmatan air mampu mempertingkatkan kecekapan, keuntungan dan daya ketahanan operasi loji rawatan air. Melalui pendigitalan operasi, sesebuah syarikat boleh mengumpul dan menggunakan maklumat masa nyata untuk dianalisis tepat pada masanya agar tindakan pencegahan dapat diambil sebelum timbul sebarang isu yang lebih kritikal.


Operator air terbesar Malaysia, Air Selangor yang mempunyai kapasiti untuk membekalkan 5,000 liter juta per hari (JLH) air telah mula mendigitalkan operasinya dalam usaha untuk menjadi utiliti air digital masa hadapan. Anjakan digital ini merangkumi pelancaran pusat arahan pintar yang menjadi pusat kapada operasi syarikat tersebut, pusat analisis data bagi membina keupayaan data besar atau 'Big Data' pelaksanaan teknologi meter pintar, kearah memberikan pengalaman khidmat pelanggan yang lebih baik.


Automasi dan pendigitalan operasi

Pusat Kawalan Operasi (OCC) yang kini dalam peralihan ke Pusat Kawalan Pintar (ICC) membolehkan operasi digital Air Selangor menghubung dan mengintegrasi parameter aset strategik utama yang merangkumi tekanan dan aliran air, tahap takungan, status pam, serta kebolehan kawalan pengawasan dan pemerolehan data (SCADA).


ICC akan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2021. Salah satu ciri utama ICC adalah perintegrasian dengan 'Online Hydraulic Model'; sebuah sistem integrasi hujung-kehujung untuk memantau, menganalisis dan mencontohi sistem pengagihan pada masa nyata. Sistem ini adalah berdasarkan perintegrasian data hidraulik masa nyata dengan model simulasi komputer hidraulik dan alat ramalan statistik. Ini membolehkan Air Selangor untuk mempunyai kawalan pemantauan masa nyata ke atas aset yang beroperasi sepanjang masa bagi memastikan bekalan air terawat yang bersih dan selamat dapat dibekalkan kepada pelanggan dengan berterusan.


Ekosistem ICC semasa akan dipertingkatkan lagi dengan kemampuan replika maya, yang dikenali sebagai 'Digital Twin', yang membolehkan analisis data dan pemantauan sistem bagi menghindar sebarang masalah, mencegah masa henti dan merancang masa hadapan melalui kaedah simulasi.


'Big Data Analytics' sebagai 'Pengubah Permainan'

Sebelum ini, Air Selangor bergantung kepada proses manual untuk mengumpul dan menganalisis data operasi. Namun, cara initidak lagisesuai apabila syarikat ini kini memperoleh jumlah data yang besar dan pelbagai pada kelajuan yang tinggi dengan adanya loji rawatan air dan teknologi yang baru serta bertambahnya bilangan pengguna. Bagi memanfaatkan pangkalan datanya dengan cekap, Air Selangor telah menubuhkan Pusat Analisis Data [Data Analytics Centre (DAC)] bagi membina kemampuan 'Big Data Analytics', atau analisis data besar keseluruhan perusahaan.


Air Selangor adalah operator air pertama di Malaysia yang mempunyai DAC bagi menyokong operasi perniagaannya. Pusat tersebut dilengkapi dengan kejuruteraan, pengurusan data dan pengkhususan digital. Dengan kewujudan DAC, Air Selangor mampu mempertingkatkan kecekapan prestasi dan operasi melalui Operations Business Intelligence (OBI) atau kercerdasan operasi perusahaan yang membolehkan titik buta dalam jurang operasi dikenal pasti. Melalui OBI, pihak pengurusan dapat meneliti secara mendalam pemahaman dan infomasi terkini yang mempercepatkan proses membuat keputusan. Pelbagai analisis ramalan/pengoptimuman dan teknologi kecerdasan buatan memanfaatkan statistik dan pembelajaran mesin dalam platform awan (cloud) yang dapat diaplikasikan untuk menerokai peluang untuk mengawal kos, mengurus risiko, mempertingkat tahap perkhidmatan, mengurus pendapatan serta pelbagai inisiatif lain di masa hadapan.


Kini, kemampuan DAC sedang diperkenalkan secara berperingkat dan akan menjadi pusat kecemerlangan teras Air Selangor bagi semua usaha analisis datanya. Akhirnya, melaui DAC, Air Selangor akan menjadikan analisis data besar sebagai pengubah permainan baharu untuk mengemudi inisiatifAir Selangor Strategic Plans and Initiatives Realisation (ASPIRE).


Air Selangor menggunakan digitalisasi dan menggunakan teknologi canggih untuk memberikan perkhidmatan terbaik dan melayani pelanggannya dengan lebih baik.


Memperkasakan pengguna dengan meter pintar

Satu lagi penyelesaian digital yang memperkasakan operator air dan pengguna adalah meter air bijak yang memberikan maklumat masa nyata bagi mengurus penggunaan air dan pembacaan meter untuk tujuan pengebilan dengan lebih baik. Pada tahun 2019, Air Selangor telah melancarkan program rintis meter pintarAdvancedMetering Infrastructure (AMI) di wilayah Sepang.


Teknologi tanpa wayar pada frekuensi yang ditetapkan untuk menghantar data agar bacaan meter boleh dilakukan dari jarak jauh. Meter pintar ini mengurangkan keperluan untuk kerja bacaan secara manual dan anggaran untuk tujuan pengebilan. Teknologi baharu ini membolehkan pengguna dimaklumkan apabila terdapat peningkatan drastik pada penggunaan air mereka, yang disebabkan oleh kadar penggunaan yang luar biasa atau kemungkinan terdapat kebocoran dalaman, serta apabila terdapat kerosakan terhadap meter air mereka. Tanda amaran ini membolehkan pengguna untuk mengambil langkah segera atau memaklumkan Air Selangor untuk mendapatkan penyelesaian. Teknologi ini juga membolehkan Air Selangor memeroleh dan mengkaji data penggunaan air oleh para pengguna.


Sejumlah 7,923 meter AMI telah dipasang dalam fasa pertama projek rintis program Meter Air Pintar AMI yang dilancarkan di wilayah Sepang dan dihubungkan melalui teknologi selular Narrowband – Internet of Things (NB-IoT). Fasa kedua projek rintis ini akan dilancarkan pada Disember 2020. Air Selangor akan terus menerokai dan menilai teknologi baharu serta faedah kos sebelum melancarkan program ini secara menyeluruh.


Masa hadapan digital air

Cabaran seperti kemampuan, kekurangan, daya ketahanan operasi dan kualiti sudah pun memberi tekanan yang besar kepada operator air dan komuniti di kawasan perkhidmatan mereka. Namun, teknologi baharu, perkembangan analisis dan penyelesaian digital akan memberi kelebihan kepada industri air. Memanfaatkan potensi data masa nyata serta kebolehan analisis yang dibawa oleh digitalisasi membolehkan syarikat dalam industri air untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna.


7 views
bottom of page