top of page

GPS bersungguh pastikan pembangunan dilaksana secara berterusan di Sarawak


GPS bersungguh pastikan pembangunan dilaksana secara berterusan di Sarawak
Harden semasa meninjau Projek Jambatan Gantung di Rumah sanggau, Kampung Sungai Reboh, Undop yang telah siap dibina menyeberangi Sungai Undop di kampung tersebut semasa tinjauan beliau bersama agensi pelaksana JKR Sri Aman.

GPS bersungguh pastikan pembangunan dilaksana secara berterusan di Sarawak

SRI AMAN: Kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa bersungguh-sungguh memastikan pembangunan dilaksana secara berterusan di negeri ini.


Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Francis Harden Hollis berkata, kesungguhan itu jelas terbukti apabila projek-projek yang dilaksanakan di negeri ini sentiasa memberi manfaat kepada rakyat .


“Inilah usaha bersungguh-sungguh kerajaan di bawah GPS untuk memastikan pembangunan tidak terhenti pada suatu tahap. 


“Ia proses berterusan demi keselesaan dan kesejahteraan rakyat yang telah memberi kepercayaan dan mandat kepada parti pemerintah sekarang,” ujarnya.


Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian semasa mengadakan tinjauan terhadap bebeberapa projek pembangunan yang dilaksanakan di kawasan DUN Simanggang pada Rabu.


Beliau yang turun padang bersama Pasukan Drone Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sri Aman melakukan tinjauan terhadap beberapa projek di bawah agensi pelaksana JKR Bahagian Sri Aman dalam kawasan DUN Simanggang. 


Antara projek yang ditinjau menerusi program berkenaan ialah projek bina baru jambatan konkrit menyeberangi Sungai Undop, Kampung Beleti, Sabu, Sri Aman di mana tinjauan di tapak projek mendapati belum ada perubahan yang signifikan namun diberitahu oleh wakil pemaju bahawa persiapan peralatan sedang dalam proses.


Selain itu, projek jalan perhubungan ke tiga rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Rumah Sanggau, Sungai Reboh yang sedang dalam pembinaan dan projek jambatan gantung yang telah siap dibina menyeberangi Sungai Undop di kampung tersebut.


Turut ditinjau ialah projek transformasi luar bandar (RTP) yang telah siap dibina iaitu jambatan gantung menyeberangi Sungai Undop dan jalan perhubungan di Rumah Mary Tuba, Kampung Munggu Demam, Undop, Sri Aman.


Beliau turut meninjau projek di Rumah Siliver Garit,  Kampung Kenyungan,  Undop, Sri Aman untuk melihat sendiri perkembangan projek pembinaan jalan perhubungan dan parit di rumah panjang tersebut dan meninjau kerja-kerja memasang wayar dalaman yang sedang dilaksanakan.


Di samping itu, beliau turut meninjau tapak projek siap bina awning di Rumah Wan Rantai, Kampung Guntong Ulu dan cadangan membina jalan perhubungan dari jalan raya ke rumah panjang dan difahamkan proses cabutan undi untuk tawaran kontrak akan dilaksanakan sedikit masa lagi.


Mengulas ringkas mengenai tujuan lawatan bersama agensi pelaksana, Harden menambah, ia adalah untuk mendapatkan gambaran tepat status semasa projek dan menyampaikan maklumat tepat kepada rakyat memgenai agenda pembangunan kawasan.


"Dalam pemikiran saya dengan bekerja keras mengadakan lawatan bersama agensi pelaksana untuk memastikan semua projek yang telah diluluskan dapat disiapkan mengikut jadual dan secara cepat memberi manfaat kepada rakyat setempat, " jelasnya.


“Kita harus cepat menyiapkan projek yang telah diluluskan terutama projek RTP pada tahun lepas kerana RTP tahun semasa akan bermula dan ini akan menjadi beban kerja terutama agensi pelaksana yang akan menyediakan spesifikasi dan skop kerja projek sebelum dapat ditawarkan kontrak kepada kontraktor melalui cabutan undi, " tegasnya lanjut.


Turut serta dalam tinjauan tersebut, Jurutera JKR Bahagian Sri Aman Minjo Simanding, Penolong Jurutera Awam Kanan Kilat Edmund Gunting,  Penolong Jurutera Awam Fatihi Jali, Penolong Jurutera (Mekanikal) Randy Sinclair, Penolong Jurutera (Elektrikal) Mike Daes, Penolong Jurutera Awam Raymond Steven serta Pembantu Awam Frederick Jonathan Isau.   



GPS bersungguh pastikan pembangunan dilaksana secara berterusan di Sarawak

bottom of page