top of page

Imigresen serbu tapak projek, 87 PATI ditahan


Imigresen serbu tapak projek, 87 PATI ditahan
Gambar hiasan

Imigresen serbu tapak projek, 87 PATI ditahan

SEREMBAN: Jabatan Imigresen menahan 87 pendatang asing tanpa izin (PATI) selepas menggempur sebuah tapak pembinaan rumah mampu milik di sini petang semalam.


Walaupun ada PATI melarikan diri termasuk bersembunyi untuk mengelak ditahan, cubaan itu berjaya digagalkan anggota serbuan.


Pengarah Imigresen negeri, Kennith Tan Ai Kiang berkata, operasi sejumlah 90 warga asing diperiksa dalam serbuan itu, dengan 87 daripada mereka ditahan membabitkan.


Mereka membabitkan 52 warga Indonesia termasuk 14 wanita, manakala selebihnya adalah warga Bangladesh.


"Semua yang ditahan berusia antara 23 hingga 55 tahun atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan- Peraturan Imigresen 1963.


"PATI terbabit kemudian dihantar ke Depot Imigresen Lenggeng untuk siasatan lanjut, dengan dua borang saman saksi juga dikeluarkan kepada majikan dan penjaga premis untuk hadir ke Jabatan Imigresen negeri bagi membantu siasatan," katanya.



Imigresen serbu tapak projek, 87 PATI ditahan

Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page