top of page

Gunung Hydropower dapat kelulusan projek hidro mini Sungai Perak


Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Anak syarikat 90 peratus milik G Capital Bhd, Gunung Hydropower Sdn Bhd (GHSB), berjaya mendapat kelulusan untuk projek jana kuasa hidro mini 10 megawatt (MW) di Sungai Perak, Perak.


Projek berkenaan adalah di bawah program tarif galakan (FIT) hidro Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA Malaysia).


Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, G Capital berkata, kelulusan itu telah meningkatkan jangkaan pendapatan tahunan untuk projek 10MW berkenaan sebanyak 15.9 peratus dalam tempoh 21 tahun.


GHSB adalah pemegang Sijil Kelulusan Galakan (FiAH) yang dikeluarkan oleh SEDA Malaysia pada 30 Mac, 2018 untuk loji hidrokuasa kecil berkapasiti 10MW yang dipasang di Sungai Perak.


Hasil tenaga tahunan 67,767 megawat-sejam (MWh) pada harga tetap 25 sen per kilowatt-sejam (kWh) untuk jangka masa 21 tahun dinyatakan dalam Perjanjian Pembelian Tenaga Boleh Diperbaharui yang ditandatangani dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB). - BERNAMA


31 views
bottom of page