top of page

Gamuda beli syarikat hartanah Vietnam bernilai RM1.47 bilion


Gamuda beli syarikat hartanah Vietnam bernilai RM1.47 bilion
Gamuda Bhd

Gamuda beli syarikat hartanah Vietnam bernilai RM1.47 bilion

KUALA LUMPUR: Gamuda Bhd mengumumkan cabang hartanahnya, Gamuda Land Sdn Bhd, bercadang mengambil alih 100 peratus kepentingan dalam Tam Luc Real Estate Corporation pada harga 7.2 trilion dong Vietnam (kira-kira RM1.47 bilion), sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangannya di Vietnam.


Bagi tujuan itu, sub-anak syarikat asing milik penuh Gamuda Land, iaitu Van Lam Investment Limited (Ltd) Company, Truong Tin Construction and Housing Trading Company Ltd dan Gamuda Land Nam Viet Investment Company Ltd memeterai perjanjian pemindahan saham dengan vendor, Nguyen Hong Giang, Nguyen Van Viet dan Dang Thi Dung, yang memiliki syarikat itu secara kolektif.


Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Gamuda berkata pengambilalihan itu akan dibiayai melalui dana yang dijana secara dalaman (42 peratus) dan pinjaman (58 peratus).


Tam Luc Real Estate ialah syarikat induk yang memiliki projek di tanah seluas 3.7 hektar di Tam Luc City.


Projek itu adalah untuk unit-unit kediaman dan komersial.


"Cadangan pengambilalihan itu selaras dengan hasrat Gamuda Land yang menekankan projek-projek antarabangsa dalam portfolionya, yang menyumbang dua pertiga daripada jualan hartanahnya pada tahun kewangan 2022.


"Strategi ini telah menyaksikan kumpulan melalui prospek ekonomi yang mencabar bagi suku kebelakangan ini, menyediakan garis hasil yang stabil dalam keadaan sentimen yang lebih lemah dan turun naik mata wang dalam pasaran domestik," katanya.


Dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM5.1 bilion, cadangan pengambilalihan itu ditetapkan untuk menyumbang kepada pendapatan kumpulan dalam tempoh lima tahun akan datang.


Sumber: Berita Harian


Gamuda beli syarikat hartanah Vietnam bernilai RM1.47 bilion

13 views

Commenti


bottom of page