top of page

Keuntungan Gamuda meningkat kepada RM194.62 juta


Gamuda Bhd
Gamuda Bhd

Gamuda Bhd

KUALA LUMPUR: Gamuda Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM194.62 juta pada suku kedua berakhir 31 Januari 2023 daripada RM177.13 juta dalam tempoh yang sama setahun yang lalu, disumbangkan oleh pendapatan bahagian pembinaan dan hartanah yang lebih kukuh.


Hasil turut meningkat kepada RM1.44 bilion daripada RM1.22 bilion sebelum ini, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.


Syarikat itu berkata, pendapatan bagi suku tahunan kumpulan meningkat 10 peratus dengan bahagian pembinaan dan hartanah menyumbang kepada pendapatan yang lebih kukuh menggantikan pendapatan daripada lebuh raya susulan pelupusan empat lebuh raya pada Oktober 2022.


"Pendapatan dari luar negara naik tiga kali ganda, dan menyumbang separuh daripada pendapatan keseluruhan berbanding 22 peratus sebelum ini disebabkan projek-projek luar negara kami semakin meningkat," katanya.


Melangkah ke hadapan, Gamuda berkata daya tahan kumpulan itu disokong oleh perolehan nilai kontrak pembinaannya yang besar hampir RM21 bilion (termasuk perolehan nilai kontrak A$2 bilion daripada penyempurnaan pengambilalihan projek pengangkutan Downer di Australia) dan jualan hartanah yang belum dibilkan sebanyak RM5.4 bilion.


Selain itu, kumpulan berkenaan berkata ia mempunyai kunci kira-kira yang sihat dengan penggearan bersih hampir sifar.


Sumber: Berita Harian


9 views
bottom of page