top of page

Gamuda ambil alih projek pengangkutan bernilai RM636 juta di Australia


Gamuda Bhd
Gamuda Bhd

Gamuda Bhd

KUALA LUMPUR: Gamuda Bhd mengambil alih perniagaan Australian Transport Projects (DTP) Downer EDI Limited (Downer) pada nilai enterpris AU$212 juta (RM636 juta).


Ia dilaksanakan menerusi anak syarikat milik penuh asingnya di Australia, DT Infrastructure Pty Ltd (DTI), yang memeterai perjanjian jualan aset dengan Downer EDI Works Pty Ltd dan VEC Civil Engineering Pty Ltd.


DTP adalah unit perniagaan yang berbeza di bawah Downer, menyediakan perkhidmatan pembinaan awam dalam menyampaikan projek pengangkutan untuk pelanggannya, dengan keupayaan kepakaran rel.


DTP berada di kedudukan yang baik untuk menangani projek pengangkutan yang besar di Australia dengan rekod dan keupayaan terasnya dalam rel ringan; stesen; wayar overhead rel; isyarat; komunikasi dan integrasi; penyelenggaraan rel, pakar perkhidmatan loji dan pembinaan jalan dan jambatan.


Pengarah Urusan Kumpulan Gamuda, Datuk Lin Yun Ling dalam satu kenyataan berkata, pengambilalihan itu mempercepat kepakaran tempatan Gamuda di Australia merentasi seluruh projek infrastruktur yang lebih luas.


Malah, katanya, ia menghubungkan kepakaran serantaunya dalam penghantaran infrastruktur turnkey dengan pelanggan tempatan sedia ada dan baharu.


"Kami percaya terdapat peluang positif untuk pertumbuhan di Australia, dan langkah ini membolehkan kami mengembangkan bukan saja asas pendapatan kami tetapi juga membolehkan penyertaan dalam segmen berlainan pasaran infrastruktur pengangkutan.


"Ini akan meningkatkan kehadiran kami dalam pasaran Australia dan rancangan pengembangan Gamuda yang pantas," katanya.


Pengambilalihan itu akan menjana pertumbuhan pesat yang berterusan untuk Gamuda dalam perniagaan Australia.


Ia juga akan memudahkan pengembangan geografi Gamuda ke negeri lain di Australia dan menjamin tenaga kerja yang kukuh.


Sumber: Berita Harian


13 views
EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2024 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page