top of page

AKSB jelaskan punca, senarai tindakan atasi masalah air



KOTA BHARU: Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) mengambil serius aduan pengguna di negeri ini berkaitan gangguan bekalan serta kualiti air sebagaimana laporan Utusan Malaysia yang bertajuk ‘Bekalan air pun total lockdown’ 4 Jun lalu.


Dalam kenyataan akhbar dikeluarkan AKSB hari ini, syarikat itu menjelaskan punca masalah bekalan air di lokasi dilaporkan di samping menyenaraikan tindakan awal serta penyelesaian jangka pendek dan panjang oleh pihaknya.


Perinciannya sebagaimana berikut.


A) Kawasan sekitar Padang Enggang dan Kota, Kota Bharu


Masalah dikenal pasti: Bekalan air kerap terputus disebabkan penurunan pengepaman air mentah oleh telaga jejari sejak awal 2021 yang menjejaskan pengeluaran air terawat oleh Loji Rawatan Air (LRA) Pintu Geng.


Penyelesaian awal: Penghantaran air ke lokasi terjejas melalui sebuah lori tangki air milik AKSB, sebuah lori tangki yang disewa serta dua dua lori air kontrak (LAK) yang dibiayai oleh kerajaan negeri.


Penyelesaian jangka pendek

1. Pemasangan paip air mentah dari Medan Telaga Kampung Tok Jaafar ke LRA Pintu Geng 2. Pengoperasian semula empat telaga tiub sedia ada 3. Pengagihan semula bekalan air terawat apabila projek LRA Kampung Telok siap.


Penyelesaian jangka panjang: AKSB merancang pembinaan LRA Tok Jaafar dengan kapasiti 30 juta liter sehari (JLH) menggunakan peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12)


B) Sekitar Kampung Pulau Belacan di Panchor, Kota Bharu


Masalah dikenal pasti: Lokasi ini menerima bekalan air terawat dari LRA Chicha dan terletak di penghujung DMA Kemumin Kedai Lalat menyebabkan tekanan air rendah (0 mh-1 mh) walaupun pada waktu malam selain paip utama terletak jauh dari lokasi.


Penyelesaian awal: Penghantaran air melalui sebuah lori tangki air milik AKSB, dan tiga buah LAK berkapasiti yang dibiayai kerajaan negeri.


Penyelesaian jangka pendek: Apabila LRA Kampung Telok siap, masalah diselesaikan dengan penyaluran air terawat sebanyak 30 JLH ke Tangki Kemumin dan penyusunan semula agihan air dari LRA Chicha bagi membolehkan agihan air terawat yang mencukupi dan bertekanan ke Kampung Pulau Belacan


C) Sekitar Taman Kobena, Pasir Puteh


Masalah dikenal pasti: Lokasi ini menerima bekalan air terawat dari LRA Wakaf Bunut (melalui Tangki Gedombok – DMA Sri Aman) dan kualiti air terawat tidak memuaskan disebabkan oleh paip lama.


Penyelesaian awal: Meningkatkan kekerapan aktiviti flushing dalam sistem agihan di Taman Kobena


Penyelesaian jangka panjang: Merancang program penukaran paip lama jenis simen asbestos (AC) kepada paip baharu yang berkualiti secara berperingkat melalui pinjaman oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).


D) Kampung Pantai Sri Tujuh, Tumpat


Masalah dikenal pasti: Air bertekanan rendah dengan purata 0 Mh – 2 mH yang diterima dari LRA Kelar (melalui Tangki Cabang 4 Tok Mek Ngah – DMA Geting).


Penyelesaian awal: Penghantaran air melalui sebuah lori tangki air milik AKSB dan tiga buah LAK yang dibiayai kerajaan negeri.


Penyelesaian jangka pendek:

1) Pembinaan LRA Mini Meranti Baru (4 JLH) melalui peruntukan kerajaan negeri yang dijangka dapat meningkatkan agihan air terawat dari LRA Kelar ke Tangki Cabang 4 Tok Mek Ngah. 2) Pembinaan LRA Mini Sedar (4 JLH) melalui pinjaman PAAB yang dijangka dapat mengurangkan beban agihan air terawat dari Tangki Cabang 4 Tok Mek Ngah ke Tangki Sedar. 3) Penambahan sumber air mentah sebanyak 10 JLH untuk LRA Wakaf Bharu untuk meningkatkan agihan air terawat dari LRA Wakaf Bharu ke Tangki Cabang 4 Tok Mek Ngah. 4) Pembinaan LRA Mini Kg Laut (4 JLH) yang mampu membekalkan air terawat ke kawasan hujung sistem agihan LRA Wakaf Bharu dan LRA Kelar.


Penyelesaian jangka panjang: AKSB telah merancang pembinaan LRA baharu sebagaimana berikut: 1) Pembinaan LRA Tumpat berkapasiti 50 JLH dengan permohonan peruntukan KPLB RMK-12 2) Pembinaan LRA Kelar Fasa 2 berkapasiti 25 JLH melalui peruntukan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dengan kos RM39 juta.


E) Sekitar jajahan Kuala Krai

Masalah dikenal pasti: Lokasi ini menerima bekalan air terawat dari LRA Pahi dan tiada masalah bekalan air dengan tekanan purata semasa di kawasan hujung adalah 8 mH hingga 12 mH.

Gangguan bekalan air terawat boleh berlaku apabila terdapat insiden penyelenggaraan paip luar jangka dan penyelenggaraan berjadual yang bernotis kepada pengguna.


11 views
bottom of page