top of page

32 pekerja ditahan, tapak pembinaan ditutup


32 pekerja ditahan, tapak pembinaan ditutup
GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP

32 pekerja ditahan, tapak pembinaan ditutup

Kuala Lumpur: Seramai 32 pekerja pembinaan ditahan dan tapak operasi diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Tapak Pembinaan Siri 16/2023 di Jalan Kiara, Bukit Kiara, di sini, kelmarin.


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, operasi itu dijalankan dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH).


Menurutnya, menerusi operasi bersepadu kali ini, pemeriksaan dan tindakan penguatkuasaan dijalankan mengikut bidang kuasa dan peruntukan undang-undang masing di kawasan tapak pembinaan secara menyeluruh di bahagian dalam dan luar pembinaan.


Katanya, ia bagi menentukan tahap kebersihan, laluan, struktur pembinaan, keselamatan dan permit kebenaran serta memastikan segala peraturan di tempat pembinaan sentiasa dipatuhi oleh kontraktor dan pemilik syarikat.


"Sejumlah 32 pekerja pembinaan ditahan bagi pemeriksaan secara menyeluruh berkaitan dkumentasi perjalanan dan permit kerja yang berkaitan.


"Pemeriksaan membabitkan 24 warga Bangladesh, tujuh warga Indonesia, dan seorang warga India oleh pihak JIM dan PDRM," katanya dalam kenyataan di Facebooknya.


DBKL berkata, pihaknya turut mengeluarkan tiga notis kompaun di dalam kawasan pembinaan membabitkan dua notis mengikut Seksyen 70 Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 berkaitan kesalahan menjalankan kerja tanah tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan dan satu notis mengikut Seksyen 69 Akta Kerajaan Tempatan 1976 berkaitan kacau ganggu dari tapak pembinaan ke saluran / laluan sungai awam.


"DBKL turut membuat tindakan penutupan dan pemberhentian operasi di tapak pembinaan serta merta (sealed) mengikut Seksyen 70 Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.


"Sementara daripada pihak agensi sahabat, dua Notis Larangan (Berhentikan Kerja Kerja Merta) dan enam Notis Arahan Pematuhan Keselamatan( Kren Bergerak , Perancah, Acuan dan Penyangga) dikeluarkan oleh DOSH kepada pemilik/pengendali di tapak pembinaan melalui Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan kesalahan am yang dikuatkuasakan agensi berkenaan.


"CIDB pula mengeluarkan satu Notis Pengemukaan Maklumat Mengenai Industri Pembinaan (Notis N2/2015) kepada pihak kontraktor utama pembinaan dalam tempoh tujuh hari dan pihak SWCORP mengeluarkan satu Notis Peraturan (Tidak Mengasing Sisa Bahan Binaan) mengikut Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (Kemudahan Pengurusan Sisa Pepejal Yang Ditetapkan Dan Kelulusan Bagi Pembinaan, Pengubahan Dan Penutupan Kemudahan) 2011," katanya.


Sumber: Harian Metro


32 pekerja ditahan, tapak pembinaan ditutup

32 views
bottom of page