top of page

DBKL kompaun tapak projek biak nyamuk


DBKL kompaun tapak projek biak nyamuk
OPERASI yang dilakukan DBKL bersama PDRM, JIM, CIDB dan DOSH di tapak pembinaan di Ulu Klang. FOTO IHSAN DBKL

DBKL kompaun tapak projek biak nyamuk

Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan enam notis kompaun terhadap satu tapak pembinaan di Ulu Kelang, Ampang kerana mendirikan struktur tanpa kebenaran dan menjadi tempat pembiakan nyamuk, semalam.


Operasi juga disertai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH).


DBKL dalam laman facebook rasmi berkata, pemeriksaan di kawasan tapak pembinaan ini dibuat secara menyeluruh di bahagian dalam dan luar pembinaan bagi menentukan tahap kebersihan, keselamatan dan permit kebenaran.


"Ia bagi memastikan segala peraturan di tempat pembinaan sentiasa dipatuhi oleh kontraktor dan pemilik syarikat. Dalam operasi itu sejumlah 81 pekerja pembinaan ditahan bagi pemeriksaan secara menyeluruh berkaitan dokumentasi perjalanan dan permit kerja yang berkaitan.


"Pemeriksaan membabitkan 67 warga Bangladesh, 10 warga Indonesia, tiga warga Pakistan seorang warga Nepal oleh pihak JIM," katanya.


Menurutnya, DBKL mengeluarkan enam notis kompaun di dalam kawasan pembinaan membabitkan tiga notis kompaun mengikut Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 berkaitan kesalahan mendirikan struktur tanpa kebenaran.


"Manakala dua notis kompaun berikutan terdapatnya tempat pembiakan nyamuk hasil dari pemeriksaan bersama Pegawai Kesihatan DBKL melalui pungutan jentik-jentik mengikut kesalahan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dan satu notis kompaun mengikut Undang-undang Kecil Pengangkutan Bahan (WPKL) 1997.


"Sementara daripada itu pihak agensi sahabat, empat surat larangan dan empat Notis Arahan Keselamatan dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH) kepada pemilik dan pengendali di tapak pembinaan melalui Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 membabitkan pelbagai kesalahan-kesalahan am yang dikuatkuasakan agensi berkenaan," katanya.


Sumber: Harian Metro


DBKL kompaun tapak projek biak nyamuk


20 views
bottom of page