top of page

90 pekerja asing ditahan, tapak pembinaan disita


90 pekerja asing ditahan, tapak pembinaan disita
PENGUAT kuasa DBKL menyita tapak pembinaan di Cheras kerana melakukan pelbagai kesalahan. FOTO Ihsan DBKL

90 pekerja asing ditahan, tapak pembinaan disita

Kuala Lumpur: Tapak pembinaan di Taman Mutiara Barat, Cheras di sini, dikenakan kompaun oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana mendirikan struktur tanpa kebenaran dalam operasi bersepadu, hari ini.


Bukan itu saja, tapak pembinaan berkenaan turut didapati kotor, manakala 90 pekerja warga asing ditahan.


Operasi kira-kira 12 tengah hari itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH).


DBKL dalam kenyataan berkata, pihaknya menjalankan pemeriksaan menyeluruh di kawasan tapak pembinaan bagi menentukan tahap kebersihan, keselamatan dan peraturan ditetapkan dipatuhi.

90 pekerja asing ditahan, tapak pembinaan disita
PEKERJA warga asing di tapak pembinaan di Cheras ditahan kerana didapati melanggar peraturan. FOTO Ihsan DBKL

"DBKL mengeluarkan tiga notis kompaun kerana mendirikan struktur tanpa kebenaran dan kawasan pembinaan kotor.


"DBKL kemudian memberhentikan aktiviti pembinaan dengan membuat penutupan tapak pembinaan mengikut Seksyen 70 Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974," katanya.


DBKL turut menjalankan pemeriksaan terhadap kenderaan berat, permit mengangkut bahan dan struktur bangunan.


Dalam operasi itu, JIM juga menahan 90 pekerja pembinaan membabitkan 64 warga Bangladesh; India (14) dan masing-masing enam warga Myanmar serta Pakistan untuk pemeriksaan.


Menurut DBKL, operasi bersepadu itu akan diteruskan mengikut kawasan parlimen di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL).


Sumber: Harian Metro


90 pekerja asing ditahan, tapak pembinaan disita

55 views
bottom of page