top of page

YTL Cement jual bahan binaan lebih mesra alam


YTL Cement jual bahan binaan lebih mesra alam
Jenama ECO keluaran YTL Cement

YTL Cement jual bahan binaan lebih mesra alam

KUALA LUMPUR: YTL Cement Bhd, pengeluar bahan binaan terbesar di Malaysia memperkenalkan rangkaian produk mesra alam terbaharu, ECO.


Pengarah Urusan YTL Cement, Datuk Seri Michael Yeoh, berkata rangkaian produk ECO mempunyai kandungan karbon dan bahan kitar semula yang lebih rendah, sejajar langkah kumpulan terhadap keperluan industri pembinaan yang semakin meningkat terhadap penyelesaian bangunan lebih mesra alam.


Katanya, rangkaian produk ECO yang pertama di Malaysia itu terdiri daripada ECOCem, ECOConcrete, ECOSand dan ECODrymix.


"Industri pembinaan telah bergelut dengan cabaran kompleks untuk mengekalkan prestasi kewangan disamping pada masa sama meningkatkan keperluan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).


"Adalah menjadi penting untuk industri mengutamakan kemampanan dalam operasi dan membolehkan peserta industri menilai semula tindakan, strategi dan objektif," katanya dalam satu kenyataan.


ECOCem ialah rangkaian simen dengan karbon yang lebih rendah, mengandungi sehingga 40 peratus bahan kitar semula dan peratusan bahan asas yang lebih rendah.


ECOConcrete pula konkrit siap bancuh dengan kandungan karbon terjelma 20 peratus hingga 60 peratus lebih rendah berbanding konkrit konvensional (CEM I), yang dibuat dengan simen dihasilkan daripada bahan alternatif untuk mencapai pengurangan karbon yang terkandung.


ECOSand ialah pasir kejuruteraan berkualiti tinggi, yang dihasilkan lebih unggul dalam bentuk zarah, mempunyai pengedaran saiz yang konsisten dan tidak mengandungi kekotoran organik.


Sementara itu, ECODrymix ialah rangkaian mortar pracampuran mesra alam.


Ketua Kelestarian YTL Cement, Clarisse Loh pula berkata, kumpulan memiliki pengetahuan dan kepakaran untuk membangunkan penyelesaian perintis yang menyokong peralihan industri kepada pembinaan mampan.


Beliau berkata, untuk berkembang maju dalam sektor pembinaan, pemain industri perlu menangani kemampanan dan cabaran operasi seperti kekurangan buruh, peningkatan kos serta kecekapan tenaga kerja.


"Rangkaian produk ECO YTL Cement dibangunkan dengan mengambil kira cabaran tersebut dan kami percaya bahawa produk mampan ini boleh membantu menyumbang ke arah mengurangkan kesan alam sekitar projek pembinaan sambil menangani pelbagai cabaran industri," katanya.


Sumber: Berita Harian


YTL Cement jual bahan binaan lebih mesra alam


6 views
bottom of page