top of page

Harga besi turun, simen pula meningkat


Harga besi turun, simen pula meningkat
Indeks harga seunit besi catat penurunan di antara 0.6 peratus dan 2.3 peratus bulan lalu - Foto hiasan

Harga besi turun, simen pula meningkat

PUTRAJAYA: Indeks harga seunit bagi bahan binaan seperti besi, bahan paip dan keratan keluli serta logam bagi hampir semua kawasan di Malaysia mencatatkan penurunan pada Jun 2023, demikian mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).


Bagaimanapun, DOSM berkata bahan binaan lain seperti simen dan kayu pula mencatatkan peningkatan harga bulan lalu.


"Perbandingan bulanan pada Jun 2023 turut mencatatkan penurunan indeks harga seunit besi iaitu di antara 0.6 peratus dan 2.3 peratus.


"Manakala, indeks harga seunit besi kekal tidak berubah bagi beberapa kawasan seperti di Johor, Terengganu dan Kelantan serta semua kawasan di Sarawak (Kuching, Sibu dan Miri) berbanding Mei 2023," katanya.


DOSM berkata, selain daripada besi, indeks harga seunit keratan keluli dan logam juga turut mencatatkan penurunan iaitu antara 0.3 peratus dan 2.1 peratus.


Ia berkata, penurunan indeks harga besi dan keratan keluli serta logam itu juga adalah seiring dengan senario penurunan harga besi dan bijih besi di peringkat global.


Bagaimanapun, katanya perbandingan bulanan mengikut bahan binaan dan kawasan terpilih juga menunjukkan simen masih terus mencatatkan peningkatan harga.


"Namun, pada Jun 2023, indeks harga seunit simen meningkat dengan kadar yang lebih perlahan iaitu antara 0.1 peratus dan 0.9 peratus berbanding Mei 2023 pada 1.8 peratus hingga 4.0 peratus.


"Selain daripada simen, indeks harga bagi seunit kayu juga telah meningkat antara 2.3 peratus dan 4.0 peratus di semua kawasan di Semenanjung Malaysia kecuali di Johor, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan," katanya.


Bagi perbandingan secara tahunan untuk tempoh Jun 2022 dan Jun 2023, indeks harga seunit simen telah mencatatkan peningkatan antara 2.4 peratus dan 17.5 peratus.


Dalam konteks item dan kawasan, indeks harga seunit bahan binaan di Semenanjung Malaysia meningkat antara 0.2 peratus hingga 17.5 peratus bagi Jun 2023 berbanding bulan yang sama tahun lalu.


Peningkatan tertinggi bagi kawasan di Semenanjung Malaysia adalah simen di Kelantan dan Terengganu (17.5 peratus), diikuti oleh batu bata dan dinding di Johor (17.4 peratus) dan simen di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis (17.1 peratus).


Sementara itu, indeks harga bagi seunit bahan binaan yang mencatatkan peningkatan tertinggi di Sabah adalah bahan paip di Kota Kinabalu (17.6 peratus), manakala di Sarawak pula adalah kayu di Sibu (31.7 peratus) serta batu bata dan dinding di Miri (23.3 peratus).


Indeks Kos Bahan Binaan Bangunan (IKB) (tanpa bar keluli dan termasuk bar keluli) bagi semua kategori bangunan di Semenanjung Malaysia pada Jun 2023 meningkat antara 0.1 peratus dan 4.1 peratus berbanding bulan sebelumnya.


Peningkatan tertinggi adalah cerucuk kayu di Perak, Pahang, Kelantan dan Terengganu


Sumber: Berita Harian


Harga besi turun, simen pula meningkat


Comments


bottom of page