top of page

WCT raih kontrak pelebaran Lebuh Raya PLUS dari Sedenak ke Senai (Utara) bernilai RM249.74 juta


WCT raih kontrak pelebaran Lebuh Raya PLUS dari Sedenak ke Senai (Utara) bernilai RM249.74 juta
Projek pembinaan lorong tambahan dari Sedenak ke Kulai (Pakej A) dengan tempo pelaksanaan selama 36 bulan dari 28 Jun 2024. Gambar hiasan PLUS Malaysia

WCT raih kontrak pelebaran Lebuh Raya PLUS dari Sedenak ke Senai (Utara) bernilai RM249.74 juta

KUALA LUMPUR 20 Jun - WCT Holdings Bhd meraih kontrak bernilai RM249.74 juta untuk projek pembinaan Lorong Tambahan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bagi pakej dari Sedenak ke Senai (Utara).


Menurut WCT, kerja-kerja di bawah kontrak ini merangkumi antara lain pemantauan tapak, kerja-kerja tanah, kerja-kerja saliran, kerja-kerja jalan raya, penandaan jalan, perabot jalan, kerja-kerja geoteknikal, struktur jambatan, kerja-kerja perlindungan alam sekitar, pemindahan utiliti dan sistem pencahayaan jalan.


"Anak syarikat sepenuhnya, WCT Berhad (WCTB) telah pada 19 Jun 2024 menandatangani dan menerima surat penerimaan bertarikh 14 Jun 2024 yang dikeluarkan oleh Projek Lebuhraya Usahasama Berhad yang menerima tawaran tender WCTB untuk menjalankan dan melaksanakan kerja-kerja bagi "Pembinaan Lorong Tambahan PLUS dari Yong Peng (Utara) ke Senai (Utara) Fasa 1: Senai (Utara) – Sedenak (Pakej A)" dengan nilai kontrak sebanyak RM249,740,457.80 (termasuk SST)," katanya dalam pemakluman kepada Bursa Malaysia hari ini.


WCT menyatakan bahawa kerja-kerja di bawah kontrak ini dijangka siap dalam tempoh 36 bulan dari tarikh permulaan kerja pada 28 Jun 2024.


Sementara itu, PLUS Malaysia Berhad dalam kenyataan berkata, projek penambahan lorong daripada dua kepada tiga lorong ini dijangka dapat membantu pengguna lebuh raya yang melalui jajaran tersebut untuk menikmati perjalanan yang lebih lancar pada masa hadapan.

Katanya, projek pembinaan bagi lorong tambahan sepanjang 14 kilometer di antara Sedenak ke Kulai ini dijangka memberi manfaat kepada hampir 90,000 pengguna harian lebuh raya. 


"Pada peringkat permulaan ini, kerja-kerja awalan tidak akan mengganggu aliran trafik kerana dua lorong sedia ada di kedua-dua hala lebuh raya terbabit masih kekal dibuka kepada pengguna. 


"PLUS juga akan membuat pengumuman dari masa ke semasa tentang perkembangan terkini projek ini menerusi saluran media sosial.


"Secara keseluruhannya, projek pembinaan lorong tambahan ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia," ujarnya.


Sumber: Dagang News


WCT raih kontrak pelebaran Lebuh Raya PLUS dari Sedenak ke Senai (Utara) bernilai RM249.74 juta

תגובות


bottom of page