top of page

UPNP rampas jengkaut, lori tipper pindah bahan batuan tak sah


UPNP rampas jengkaut, lori tipper pindah bahan batuan tak sah
Jengkaut dan lori tipper yang dirampas kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 426 Kanun Tanah Negara 1965 iaitu pencabutan atau pemindahan bahan batuan secara tak sah. - Foto: FB Wan Rosdy Wan Ismail AAA

UPNP rampas jengkaut, lori tipper pindah bahan batuan tak sah

KUANTAN - Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) Zon Pahang Barat telah mengambil tindakan terhadap satu aktiviti pemindahan bahan batuan dipercayai tanah merah secara tidak sah di satu lot tanah di Kampung Bukit Pampong, Raub pada Sabtu.


Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, berdasarkan maklumat yang diterima, pegawai penguat kuasa UPNP telah terlihat aktiviti terbabit dan melakukan intipan di mana mereka mendapati sebuah jengkaut sedang memunggah tanah ke dalam lori tipper tiga tan.


Menurutnya, lori terbabit kemudiannya keluar dari kawasan tanah yang diambil menghala keluar ke jalan.

"Pegawai penguat kuasa telah bertindak menahan lori terbabit seterusnya meminta pemandu lori menunjukkan sebarang dokumen atau permit kelulusan berkenaan kerja yang dilakukan, namun gagal.

"Selepas itu, seorang lelaki telah bertemu dengan pegawai penguat kuasa dan menyatakan dia adalah pemilik lot kawasan tanah dihantar dan mengaku kerja-kerja pemindahan bahan batuan itu adalah atas tanggungjawabnya," katanya menerusi laman Facebook rasmi miliknya pada Sabtu.


Wan Rosdy berkata, pegawai penguat kuasa kemudiannya telah meminta sebarang dokumen atau permit kelulusan berkenaan kerja yang dilakukan, namun pemilik tanah terbabit gagal berbuat demikian.


"Pegawai penguat kuasa telah mengambil tindakan dengan merampas sebuah jengkaut dan lori terbabit kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 426 Kanun Tanah Negara 1965 iaitu pencabutan atau pemindahan bahan batuan secara tak sah.


"Saya menasihati mana-mana pemilik tanah yang ingin melakukan pemindahan bahan batuan supaya mendapatkan maklumat dan nasihat terlebih dahulu daripada Pejabat Daerah dan Tanah kerana kemungkinan apa yang kita lakukan ini adalah menjadi satu kesalahan di bawah Kanun Tanah Negara 1965," jelasnya.


Sumber: Sinar Harian


UPNP rampas jengkaut, lori tipper pindah bahan batuan tak sah

EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2024 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page