top of page

Warga Kuantan lega, 'projek' siap selepas tiga tahun


Kerja-kerja pembentungan di laluan Jalan Teluk Sisek, Kuantan, Pahang
HAMDAN (dua kanan) meninjau Jalan Teluk Sisek selepas pembukaan semula jalan berkenaan. FOTO Khairulmizan Yahya

Kerja-kerja pembentungan di laluan Jalan Teluk Sisek, Kuantan, Pahang

Kuantan: Warga bandar raya ini khususnya pengguna Jalan Teluk Sisek, di sini, mampu menarik nafas lega apabila kerja-kerja pembentungan di laluan berkenaan akhirnya siap selepas tiga tahun.


Sebelum ini, jalan berkenaan yang menghubungkan Pantai Teluk Cempedak dan Pusat Bandar sesak terutama waktu puncak atau hari minggu berikutan penutupan sebahagian laluan bagi kerja-kerja pembentungan.


Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), Datuk Hamdan Hussin berkata, Projek Loji Rawatan Kumbahan Serantau dan Rangkaian Projek Pembentungan Bandar Kuantan Fasa 1 memulakan pembinaannya sejak tiga tahun lalu.


"Kerja-kerja pemasangan paip pembentungan di laluan Teluk Sisek kini selesai sepenuhnya dan laluan ini mula dibuka kepada orang ramai.


"Pembukaan semula Jalan Teluk Sisek ini selepas hampir tiga tahun kini mampu memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya di kawasan ini," katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas meninjau pembukaan semula Jalan Teluk Sisek yang terbabit dalam Fasa 1 projek Pembetungan Kuantan, di sini, hari ini.


Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sallehuddin Ishak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teruntum, Sim Chon Siang.


Hamdan berkata, sempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi, kerja-kerja pembentungan di sekitar bandar ini akan ditangguh buat sementara waktu.


"Setiap musim perayaan sudah pasti jumlah kenderaan akan meningkat dan langkah ini dibuat bagi melancarkan aliran trafik. Pemakluman mengenai penangguhan itu sudah disampaikan kepada kontraktor terlibat," katanya.


Sumber: Harian Metro


10 views

Comments


bottom of page