top of page

Pahang bina ‘skate park’ di Kuantan


Skate park di Pahang
Gambar hiasan: Skate park

Skate park di Pahang

KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang merancang membina sebuah tapak rekreasi bagi aktiviti sukan papan luncur (skate park) di Taman Pasif, di sini, pada tahun ini dengan kos sebanyak RM250,000.


Datuk Bandar Kuantan, Datuk Hamdan Husin berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM150,000 disumbangkan kerajaan negeri Pahang, RM50,000 merupakan peruntukan Majlis Bandaraya Kuantan dan RM50,000 diperoleh daripada MBSB Bank.


“Sesi perbincangan telah dijalankan dan projek akan dimulakan pada tahun ini dalam jangka masa setahun,” katanya ketika dihubungi, hari ini


Sementara itu, Pengerusi Skateboard Timur, Muhammad Zulkhairi Mohd Nor berkata, projek tersebut dapat menyungkil bakat baru dalam sukan papan seluncur, basikal dan rollerblade.



8 views

Kommentare


bottom of page