Pantai Cahaya Bulan ditutup sementara hingga April 2028

KELANTAN
Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini ditutup sementara hingga 23 April 2028 bagi membolehkan kerja pembinaan gerai dan kemudahan awam dilaksanakan di kawasan berkenaan.
Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) memaklumkan penutupan yang bermula 24 Ogos lepas itu, dijadualkan mengambil masa selama 87 minggu.
Sehubungan dengan itu, penjaja dan orang ramai diminta tidak menjalankan aktiviti perniagaan atau memasuki kawasan projek sepanjang tempoh berkenaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini serta memastikan kelancaran kerja pembinaan.
"MPKB-BRI turut memohon maaf atas kesulitan yang timbul dan menghargai kerjasama orang ramai sepanjang tempoh penutupan itu," menurut kenyataan itu.



Comments