top of page

Unit Sunway menang tender tanah di Singapura


Unit Sunway menang tender tanah di Singapura
Sunway Bhd

Unit Sunway menang tender tanah di Singapura

KUALA LUMPUR: Anak syarikat Sunway Bhd, Sunway Developments Pte Ltd (SDPL) memperoleh tender untuk sebidang tanah di Tengah Plantation Close, Singapura bersama Hoi Hup Realty Pte Ltd untuk tempoh pajakan selama 99 tahun bagi pembangunan perumahan kondominium eksekutif bernilai kira-kira RM1.2 bilion.


Projek itu telah dianugerahkan oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) Singapura.

Kerjaya Madani Politeknik Shah Alam

Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, Hoi Hup dan SDPL akan memperbadankan (menubuhkan) sebuah syarikat usaha sama, Hoi Hup dan SDPL akan mempunyai kepentingan ekuiti dalam nisbah 65:35 pada tarikh yang akan dtentukan kelak untuk melaksanakan pembangunan tanah di Tengah Plantation Close.


Tempoh penyiapan projek yang dicadangkan adalah 60 bulan atau lebih awal, bermula dari 11 September 2023.


Projek itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan itu mulai tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 dan seterusnya, katanya.


Sumber: Berita Harian


Unit Sunway menang tender tanah di Singapura


11 views

Commenti


bottom of page