top of page

Sunway Property naik taraf kemudahan Sunway Serene


Sunway Property naik taraf kemudahan Sunway Serene
Gambar hiasan

Sunway Property naik taraf kemudahan Sunway Serene

PETALING JAYA: Sunway Property, cabang hartanah Sunway Group membelanjakan RM30 juta bagi menarik taraf infrastruktur dan kemudahan berhampiran pembangunan Sunway Serene di Kelana Jaya.


Perbelanjaan itu merangkumi naik taraf jalan sedia ada termasuk pemulihan tasik Sunway Serene berkeluasan 6.07 hektar sejajar dengan pembangunan projek berkenaan seluas 6.88 hektar.


Selaras dengan pembangunan lestari Sunway Property, perbelanjaan itu membabitkan termasuk pembinaan saluran longkang sejauh 500 meter di sepanjang Jalan SS7/1 dan SS7/3, laluan pejalan kaki dengan kelebaran 1,800 millimeter (mm), naik taraf Jalan SS8/2 dari dua kepada tiga lorong dan jambatan sepanjang 250 meter berhampiran Sunway Serene.


Kerja naik taraf jalan raya mengurangkan kesesakan lalu lintas dan melancarkan laluan ke rangkaian sistem rangkaian pengangkutan awam iaitu LRT Glen Marie, KTM Setia Jaya, LRT Kelana Jaya dan BRT Laluan Sunway.


Pada masa sama, Sunway Property juga mengguna pakai tasik seluas 6.07 hektar berhampiran Sunway Serene semasa tempoh pembinaan dan memulihkan tasik berkenan.


Pengasas dan Pengerusi Sunway Group, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah, berkata kumpulan itu akan terus memperkenalkan bandar karbon rendah di bawah portfolionya, sejajar dengan komitmen negara untuk menjadi ekonomi neutral karbon menjelang 2050.


"Inisiatif komuniti ini adalah ikrar kami untuk meletakkan kepentingan komuniti kami di barisan hadapan operasi perniagaan kami.


"Di Sunway Group, kami percaya bahawa tiada syarikat boleh berdiri sendiri tanpa komuniti. Kami akan melaksanakan inisiatif demi kpmuniti di sini," katanya ketika majlis perasmian komponen terakhir dalam peruntukan RM30 juta naik taraf iaitu jambatan Sunway Serene di sini, hari ini.


Jambatan itu dirasmikan oleh Datuk Bandar Petaling Jaya, Ir Mohamad Azhan Md Amir.


Sunway Group baru-baru ini telah melaksanakan Dasar Perbandaran Hijau bagi menyokong Dasar Bangunan Hijaunya.


Setelah mengumumkan komitmennya untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050, Sunway Group adalah syarikat yang pertama di Malaysia dan antara yang pertama di Asia, untuk melaksanakan rangka kerja penetapan harga karbon dalaman untuk mencapai matlamat itu.


Cabang perniagaan REIT Sunway menjadi syarikat REIT pertama di Malaysia yang melaksanakan Program Perkongsian Pajakan Hijau bagi menggalakkan amalan antarabangsa terbaik dalam kemampanan dan memacu penyelesaian mampan melalui perubahan tingkah laku, memajukan komitmen nasional Malaysia kepada pelepasan karbon bersih sifar menjelang 2050.


Sunway Serene, projek dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) RM1 bilion siap dimajukan pada Januari 2023 dan sedang dalam proses penyerahan kepada pembelinya.


Projek itu direka bentuk mengikut Seni Bina Reka Bentuk dan Pembangunan Sunway (SDDA) yang menyelitkan unsur Kelestarian, Inovasi, Kesihatan dan Kesejahteraan serta Gaya Hidup & Pengalaman Baharu ke dalam pembangunannya, sekali gus menggalakkan komuniti menjalani gaya hidup yang lebih sihat, mampan dan holistik.


Ciri inovatif Sunway Serene termasuk baldi air mini dan sungai sepanjang 210 meter yang diilhamkan oleh taman tema Sunway Lagoon.


Sumber: Berita Harian


Sunway Property naik taraf kemudahan Sunway Serene


Comments


bottom of page