top of page

SunCon dapat kontrak baik pulih Sunway Carnival Mall


SunCon dapat kontrak baik pulih Sunway Carnival Mall
Sunway Carnival Mall di Seberang Jaya, Pulau Pinang

SunCon dapat kontrak baik pulih Sunway Carnival Mall

KUALA LUMPUR: Sunway Construction Sdn Bhd (SunCon) memperoleh kontrak RM253 juta daripada Sunway REIT Management Sdn Bhd untuk membaik pulih kompleks beli-belah empat tingkat dan pusat kebudayaan/komersial satu tingkat yang dikenali sebagai Sunway Carnival Mall di Seberang Jaya, Pulau Pinang.


Projek selama lebih 24 bulan dari tarikh permulaan, 1 Julai 2023, dijangka siap menjelang 30 Jun 2025, katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.


"Projek itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan SunCon Group bagi kewangan tahun berakhir 31 Disember 2023 dan seterusnya," katanya lagi.


Jumlah projek baharu yang diperolehi oleh SunCon Group tahun ini termasuk projek yang dinyatakan di atas mencecah RM1.53 bilion.


SunCon dan Sunway REIT mempunyai pemegang saham/pemegang unit utama yang sama, manakala Sunway Bhd ialah pemegang unit utama Sunway REIT.


Pada penutupan dagangan di Bursa Malaysia hari ini, harga saham SunCon turun satu sen kepada RM1.54 dengan 323,800 saham bertukar tangan.


Sumber: Berita Harian


SunCon dapat kontrak baik pulih Sunway Carnival Mall


23 views

Comments


bottom of page