top of page

Sunway Construction dapat kontrak RTS Link bernilai RM604.86 juta


Sunway Construction Group Bhd (SunCon)
Sunway Construction Group Bhd (SunCon)

Sunway Construction Group Bhd (SunCon)

KUALA LUMPUR: Sunway Construction Sdn Bhd (SCSB) menerima kontrak bernilai RM604.86 juta daripada Malaysia Rapid Transit System Sdn Bhd.


Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Sunway Construction Group Bhd (SunCon) berkata, anak syarikat milik penuhnya menandatangani surat setuju terima hari ini bagi cadangan membina dan menyiapkan Pakej 1B membabitkan stesen dan jejambat, dan Pakej 5 untuk jejambat darat dan struktur tambahan Sistem Transit Rapid Link di antara Johor Bahru dan Singapura (Projek RTS Link).


"Projek RTS Link ini adalah untuk tempoh 26 bulan dan dijangka siap menjelang suku kedua 2025," katanya.


Berkenaan faktor risiko, SunCon berkata Projek RTS Link tertakluk kepada risiko pembinaan biasa harga bahan yang turun naik.


"Bagaimanapun, dengan pengalaman dan kepakaran SCSB sebelum ini dalam projek-projek pembinaan, risiko-risiko ini dapat dikurangkan," katanya.


Jumlah projek baharu yang diraih SunCon pada tahun ini termasuk projek RTS Link sebanyak RM663 juta.


Sumber: Berita Harian


107 views

Comentários


bottom of page