top of page

TCS bina Hotel Moxy IOI, kontrak RM108.38 juta


TCS bina Hotel Moxy IOI, kontrak RM108.38 juta Berita Harian www.bharian.com.my
TCS bina Hotel Moxy IOI, kontrak RM108.38 juta

KUALA LUMPUR: TCS Group Holdings Bhd berjaya meraih projek bernilai RM108.38 juta daripada IOI City Hotel Sdn Bhd bagi pembinaan sebuah hotel yang dilengkapi dengan 495 bilik di Selangor.


Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, TCS turut menyatakan hasrat untuk membiayai cadangan pembangunan dikenali sebagai Hotel Moxy berkenaan menerusi pengumpulan dana secara dalaman dan/atau pinjaman.


"Kontrak itu tidak mempunyai sebarang impak terhadap modal saham terbitan dan pegangan saham pemegang utama TCS.


"Pemerolehan kontrak itu dijangka memberi sumbangan positif terhadap pendapatan serta aset bersih TCS bagi sepanjang tempoh terbabit," kata syarikat itu.


Menurut TCS, tempoh siap bagi kontrak itu adalah selama 16 bulan bermula 1 September 2022 dan dijangka selesai menjelang 31 Disember 2023.


Sumber: Berita Harian


7 views
EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2024 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page