top of page

Syarikat asing boleh jadi pemaju perumahan di Malaysia


Syarikat asing boleh jadi pemaju perumahan di Malaysia
Gambar hiasan

Syarikat asing boleh jadi pemaju perumahan di Malaysia

KUALA LUMPUR: Peruntukan undang-undang mengikut Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118), tidak menghalang mana-mana syarikat asing untuk menjadi pemaju perumahan di negara ini.


Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata mana-mana syarikat yang ingin menjalankan perniagaan pembinaan rumah di negara ini mesti berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), selain mempunyai modal berbayar tidak kurang RM250,000 seperti diperuntukkan mengikut Seksyen 6(1) Akta 118.


Beliau berkata, sekiranya terdapat mana-mana pemaju perumahan terbabit dikesan tidak mematuhi peruntukan mengikut Akta 118, pihaknya akan meneliti tindakan yang boleh diambil terhadap syarikat itu.


Namun, beliau tidak menjelaskan bentuk tindakan yang boleh diambil terhadap syarikat terbabit.


"Projek perumahan yang berlesen di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), memang tertakluk mengikut Akta 118.


"Jadi jika di bawah akta itu, memang kita gariskan syarat yang kita guna pakai dan tanggungjawab pemaju serta pembuat keputusan syarikat itu (mestilah) pengarah (syarikat berkenaan).


"Memang tidak ada peruntukan menghalang mana-mana syarikat asing menjadi pemaju perumahan dan sekiranya ada mana-mana pemaju tidak mematuhi peruntukan Akta 118, perkara inilah yang patut kita tengok dari segi tindakan yang boleh diambil," katanya menjawab pertanyaan R Yuneswaran (PH-Segamat) mengenai status syarikat pemaju perumahan dari China yang didakwa memiliki hutang mencecah RM936.9 bilion namun masih dibenarkan menjalankan perniagaan kemajuan perumahan di negara ini.


Mengulas lanjut mengenai syarikat pemaju perumahan dari China itu, Akmal Nasrullah berkata, secara umumnya syarikat terbabit adalah pemaju berlesen.


Mengakui terdapat projek perumahan yang menghadapi masalah, beliau berkata, pihaknya sudah membatalkan lesen pemajuannya.


"Ada projek sudah dibina dan sebenarnya projek yang menghadapi masalah difahamkan dibatalkan lesen pemajuannya. Tiada projek sakit terkait dengan syarikat seperti Yang Berhormat (YB) Segamat sebutkan," katanya.


Sumber: Berita Harian


Syarikat asing boleh jadi pemaju perumahan di Malaysia


16 views
EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2024 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page