top of page

Pemaju pembinaan gagal patuh syarat dikompaun


Pemaju pembinaan gagal patuh syarat dikompaun
Arahan serta merta turut dikeluarkan kepada pemaju terbabit untuk mengawal aliran kelodak di kawasan tapak pembinaan dijalankan.

Pemaju pembinaan gagal patuh syarat dikompaun

HULU SELANGOR - Syarikat pemaju pembinaan dikenakan kompaun menerusi operasi pemeriksaan dan pemantauan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) di Sungai Buaya di sini.


MPHS dalam satu kenyataan memaklumkan pemeriksaan di tapak pembinaan itu merupakan kaedah Jabatan Kejuruteraan dalam memastikan pemaju mematuhi syarat-syarat kelulusan teknikal yang diberikan.


"Hasil siasatan mendapati terdapatnya keingkaran kepada kelulusan pelan, satu tindakan notis kompaun dikeluarkan kepada pemaju yang terlibat untuk mematuhi syarat-syarat kelulusan," kata MPHS.


Dalam pada situ, pihak berkuasa tempatan itu menambah arahan serta merta turut dikeluarkan kepada pemaju terbabit untuk mengawal aliran kelodak di kawasan tapak pembinaan dijalankan.


"Arahan ini rentetan daripada keadaan cuaca pada masa kini yang kerap hujan dan berpotensi menjadi punca berlakunya banjir lumpur dan menyebabkan air sungai berhampiran keruh," katanya.


Sumber: Sinar Harian


Pemaju pembinaan gagal patuh syarat dikompaun


35 views

Kommentare


bottom of page