top of page

Subsidiari Binasat raih projek pasang litar berkembar bawah tanah bernilai RM58 juta daripada TNB


Subsidiari Binasat raih projek pasang litar berkembar bawah tanah bernilai RM58 juta daripada TNB
Binasat Communications Berhad

Subsidiari Binasat raih projek pasang litar berkembar bawah tanah bernilai RM58 juta daripada TNB

KUALA LUMPUR 21 Mac - Anak syarikat milik 51% Binasat Communications Berhad, Borderless Connection Sdn. Bhd. (BCSB) dalam konsortium dengan Binalite Electrical Engineering Sdn. Bhd. (BEESB) memperoleh kontrak berjumlah RM58.26 juta daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk projek pemasangan litar berkembar bawah tanah.


Binasat dalam satu pemakluman kepada Bursa Malaysia berkata, kontrak itu melibatkan membekal dan memasang litar berkembar kabel bawah tanah 132kV dari Pencawang Masuk Utama (PMU) Titiwangsa ke PMU Genting Kelang dan PMU Genting Kelang ke PMU Kampung Lanjut.


Menurut Kumpulan itu, BCSB dan BEESB telah menerima Surat Penerimaaan pada 20 Mac 2024.


"Kontrak hendaklah berkuat kuasa dari tarikh Surat Setuju Terima dan masa untuk penyiapan hendaklah 910 hari dari tarikh permulaan.


"Tiada peruntukan lanjutan atau pembaharuan Kontrak dinyatakan dalam Surat Penerimaan," kata Binasat.


Menurut Kumpulan itu, kontrak ini tidak akan mempunyai sebarang kesan material ke atas aset bersih dan penggearan Binasat dan anak-anak syarikat untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.


Kata Binasat, kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan Kumpulan Binasat sepanjang tempoh Kontrak.


"Potensi risiko yang terlibat dalam Kontrak adalah sama dengan mana-mana projek lain dijalankan oleh Binasat yang dianggap sebagai risiko operasi biasa," katanya.


Sumber: DagangNews

Subsidiari Binasat raih projek pasang litar berkembar bawah tanah bernilai RM58 juta daripada TNB

bottom of page