top of page

Binasat dapat projek kabel bawah tanah Pulau Pinang


Binasat Communications Bhd
Binasat Communications Bhd

Binasat Communications Bhd

KUALA LUMPUR: Anak syarikat 51 peratus milik Binasat Communications Bhd, Borderless Connection Sdn Bhd memperoleh dua subkontrak bernilai RM16.31 juta untuk melaksanakan kerja-kerja berkaitan kabel bawah tanah di Pulau Pinang.


Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Binasat berkata satu daripada kerja subkontrak itu membabitkan reka bentuk, membekal dan memasang kabel bawah tanah litar berkembar 132 kilovolt (kV) dari Sungai Ara, Bayan Lepas ke Sungai Tiram.


Harga keseluruhan subkontrak bagi projek 14 bulan itu, yang bermula tidak lewat daripada 31 Januari ini adalah RM14.16 juta, kata Binasat.


Ia berkata, satu lagi subkontrak adalah pemasangan semula kabel bawah tanah 132kV susulan pelaksanaan projek tebatan banjir Sungai Tiram di Kampung Naran, Bayan Lepas oleh Jabatan Pengairan dan Saliran.


"Kontrak kedua bernilai RM2.15 juta dan mesti disiapkan menjelang 30 Mac ini.


"Dua subkontrak itu dianugerahkan oleh Binalite Electrical Engineering Sdn Bhd," katanya.


Sumber: Berita Harian


16 views
bottom of page