top of page

McDonald’s, TNB jalin kerjasama pasang sistem bumbung solar


McDonald’s, TNB jalin kerjasama pasang sistem bumbung solar
Gambar hiasan: Tenaga Nasional Bhd (TNB)

McDonald’s, TNB jalin kerjasama pasang sistem bumbung solar

McDONALD'S Malaysia dijangka mampu mengurangkan kos penggunaan elektrik sebanyak RM7 juta melibatkan operasi 100 restorannya menjelang Disember 2024.


Penjimatan itu didorong oleh pemasangan bumbung fotovoltaik solar (PV) di restoran Pandu-Lalu McDonald’s di seluruh negara dengan kerjasama strategik dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan GSPARX Sdn Bhd (GSPARX) menerusi Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Diperbaharui (SARE).


Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar berkata, ia juga merupakan sebahagian usaha mencapai sifar karbon dalam segenap operasi McDonald’s di peringkat global menjelang 2050.


Menurutnya, projek tersebut telah dimulakan sejak Jun lalu melibatkan pemasangan sistem bumbung solar di 39 restoran McDonald’s di seluruh negara dengan kapasiti keseluruhan 1216.18kWp.

"Kerjasama yang terjalin dengan TNB dan GSPARX sangat bermakna bagi McDonald’s Malaysia dalam melaksanakan penyelesaian hijau yang mampu mengurangkan penggunaan elektrik dan pengeluaran karbon.

"Kerjasama ini mengukuhkan lagi komitmen kami kearah ekosistem yang lebih lestari.


"Melangkah ke hadapan, matlamat kelestarian kami bakal membentuk asas dalam cara kami mengembangkan perniagaan, menyantuni komuniti dan meminimumkan kesan terhadap alam sekitar,” katanya sempena Majlis Menandatangani Perjanjian SARE, di sini pada Jumaat.


Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Indera Baharin Din berkata, kerjasama tersebut mengetengahkan komitmen TNB menyokong syarikat terkemuka seperti McDonald’s ke arah mengurangkan penggunaan karbon dalam operasi mereka.


“Kami sangat berbesar hati dapat bekerjasama dengan McDonald’s Malaysia dan menyumbang kepakaran kami dalam penggunaan tenaga boleh diperbaharui.


"Kami percaya yang kerjasama ini mampu mewujudkan pertumbuhan perniagaan yang signifikan untuk kedua-dua organisasi, pada masa sama mempercepatkan usaha ke arah Peralihan Tenaga,” katanya.


Dalam perkembangan lain, McDonald’s juga akan bekerjasama dengan GSPARX untuk pembangunan stesen pengecas Kenderaan Elektrik (EV) di restoran McDonald’s terpilih, sebagai sebahagian daripada komitmen syarikat untuk menggalakkan penggunaan penyelesaian tenaga bersih dan menyokong mobiliti elektrik di Malaysia.


Sumber: Sinar Harian


McDonald’s, TNB jalin kerjasama pasang sistem bumbung solar


留言


bottom of page