Siasatan SPRM berkaitan MEX II bakal selesai dalam 1–2 bulan, 53 saksi telah dirakam keterangan
- Ridhwanisme
- Jun 12
- 1 min read

KUALA LUMPUR
Siasatan SPRM berkaitan penyelewengan dana sukuk untuk pembinaan sebuah lebuh raya di Lembah Klang dijangka selesai dalam 1–2 bulan akan datang.
Fokus siasatan: Analisis dokumen kewangan dan penyata kewangan.
Seramai 53 saksi telah dirakam keterangan, dan lebih ramai akan dipanggil dalam masa terdekat.
SPRM telah menyita aset bernilai RM32 juta, dipercayai milik seorang pemegang konsesi lebuh raya bergelar Tan Sri:
Antara aset: beg tangan mewah, barang kemas, kenderaan mewah, jam tangan, wang tunai, dan kediaman mewah.
Proses rakaman keterangan terhadap individu bergelar Tan Sri masih diteruskan hari ini.
Pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie, telah diambil keterangan di Jakarta, bukan Bali, berkaitan siasatan pemilikan aset.
Siasatan tersebut berkait dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkaitan:
Dana promosi dan publisiti program Keluarga Malaysia.
Tempoh perkhidmatan: Ogos 2021 – November 2022.
Beliau telah hadir beberapa kali di Ibu Pejabat SPRM untuk membantu siasatan berkaitan rasuah dan pengubahan wang haram.
Astro Awani / BERNAMA
Comments