Bekas ketua kewangan Maju Holdings dan subkontraktor direman berhubung tuntutan palsu RM416 juta melibatkan dana sukuk RM1.3 bilion Projek Sambungan Lebuhraya MEX II
- Ridhwanisme
- 23 minutes ago
- 1 min read

Isu Tuntutan Palsu
Bekas Ketua Kewangan Maju Holdings direman 5 hari oleh SPRM.
Dakwaan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM416 juta.
Melibatkan dana hasil terbitan sukuk RM1.3 bilion untuk projek MEX II sepanjang 18km.
Penahanan Tambahan
Seorang pemilik syarikat subkontraktor turut ditahan semula berkaitan dakwaan lain.
Kedua-dua suspek disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 – kesalahan mengemukakan dokumen palsu dengan niat menipu.
Maklumat Projek
MEX II Sdn Bhd adalah pemegang sukuk, dimiliki penuh oleh Maju Holdings Sdn Bhd.
Projek MEX II adalah lanjutan dari lebuhraya MEX sedia ada yang menghubungkan Putrajaya – Cyberjaya – Kuala Lumpur.
MEX asal sepanjang 26km diuruskan oleh Maju Expressway Sdn Bhd.
Masalah Pelaksanaan Projek
Projek sepatutnya siap pada Oktober 2019.
Disember 2019: pembinaan dihentikan kerana masalah aliran tunai dan arahan henti kerja.
Tahun 2020-2021: kelewatan semakin kritikal, pembayaran sukuk tergendala dan penurunan penarafan bon.
Siasatan Lanjutan
Terdapat juga kes lain melibatkan tuntutan palsu RM360 juta (2016–2017), termasuk individu bergelar 'Datuk Seri' dan bekas CEO yang turut direman.
Tindakan Kerajaan
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, maklumkan rundingan sedang dijalankan antara kerajaan dan pihak berkepentingan bagi selesaikan isu kelewatan projek MEX II.
Comments