top of page

Sembilan dikhuatiri terperangkap, bangunan dalam binaan runtuh


Sembilan dikhuatiri terperangkap, bangunan dalam binaan runtuh
SEMBILAN individu dikhuatiri terperangkap dalam kejadian bangunan runtuh, berhampiran Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini. FOTO Ihsan Bomba

Sembilan dikhuatiri terperangkap, bangunan dalam binaan runtuh

Bayan Lepas: Seramai sembilan individu dikhuatiri terperangkap dalam kejadian bangunan runtuh, berhampiran Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, hari ini.


Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang mengesahkan kejadian.


Jurucakapnya berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.58 malam.


Katanya pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru, BBP Seri Balik Pulau dan BBP Jalan Perak ke lokasi selepas menerima panggilan.


"Sebaik tiba, didapati sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan telah runtuh.


"Kita terima maklumat awal terdapat sembilan mangsa dipercayai terperangkap dalam runtuhan itu," katanya di sini, hari ini.


Bagaimanapun, katanya, status mangsa belum dipastikan.


"Pada masa ini kerja menyelamat mangsa masih dijalankan," katanya.


Sumber: Harian Metro


Sembilan dikhuatiri terperangkap, bangunan dalam binaan runtuh

Comments


bottom of page