top of page

3 jambatan runtuh, bekalan air untuk 500 rumah terjejas


3 jambatan runtuh, bekalan air untuk 500 rumah terjejas
JAMBATAN runtuh mengakibatkan penduduk terjejas di Kampung Iboi dan Kampung Padang Empang, Baling. FOTO Ahmad Mukhsein Mukhtar.

3 jambatan runtuh, bekalan air untuk 500 rumah terjejas

Baling: Kira-kira tiga jambatan yang menghubungkan penduduk di Kampung Iboi dan Kampung Padang Empang di jajaran Sungai Kupang runtuh akibat banjir malam tadi.


Kejadian banjir malam tadi juga turut menyebabkan jambatan Bailey di Lata Chelak Kampung Iboi terpaksa ditutup akibat hakisan.


Ketua Kampung Iboi, Nor Mohamad Che Hussain, berkata Jambatan Bailey di kampung berkenaan terpaksa ditutup jam 11 malam tadi selepas arus deras menyebabkan hakisan di tebing sungai berlaku.


"Hujan lebat sejak jam 4 petang semalam menyebabkan air sungai mula melimpah pada waktu Maghrib.


"Saya mula terima panggilan daripada penduduk selepas solat mengatakan rumah mereka sudah dinaiki air, ketika itu juga bekalan elektrik terputus.


"Saya segera menghubungi pegawai, daerah, polis, bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia untuk meminta bantuan, kira-kira 100 keluarga kemudiannya dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Iboi malam tadi," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.


Nor Mohamad berkata jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) serta polis mengambil keputusan menutup Jambatan Bailey untuk keselamatan orang ramai.


"Saya harap penduduk dapat mengikut arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa, kita bimbang kejadian ini akan berlaku lagi dan menyebabkan penduduk kampung akan lebih trauma selepas banjir puing 4 Julai tahun lalu.


"Kita harap kerajaan segera membina semula jambatan yang rosak selain mempercepatkan pembinaan empangan dan projek tebatan banjir di sini bagi mengelak penduduk terus menanggung kerugian, "katanya.


Sementara itu, kejadian banjir kali ini turut menyebabkan air masyarakat di kampung berkenaan terputus dan memerlukan bantuan segera untuk baik pulih berikutan ia menjejaskan kira-kira 500 buah rumah di tiga buah kampung berkenaan termasuk Kampung Bukit Iboi.


Nor Mohamad berkata banyak paip utama air masyarakat di kompartment lapan Gunung Inas rosak yang dijangka memerlukan kos lebih RM500,000.


"Namun hanya sebahagian paip yang dibaik pulih tapi kali ini lebih banyak paip yang rosak kerana dihanyutkan air dari gunung dan banyak juga paip tersumbat kerana dimasuki pasir dan tanah," katanya.


Sumber: Harian Metro


3 jambatan runtuh, bekalan air untuk 500 rumah terjejas


תגובות


bottom of page