top of page

Pekerja asing maut runtuhan batu: JKKP Perak arah henti operasi kuari, siasat kes


Pekerja asing maut runtuhan batu: JKKP Perak arah henti operasi kuari, siasat kes
Semasa kejadian mangsa bersama tiga orang rakan sekerjanya sedang menjalankan kerja mengalihkan batu kuari menggunakan jengkaut ke dalam lori. - Foto JBPM Perak

Pekerja asing maut runtuhan batu: JKKP Perak arah henti operasi kuari, siasat kes

IPOH: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak telah mengeluarkan arahan kepada majikan untuk menghentikan kerja pengoperasian kuari, susulan insiden seorang pekerja lelaki maut tertimbus dalam runtuhan batu di tapak kuari Keramat Pulai, Simpang Pulai, Selasa lalu.


JKKP dalam kenyataan hari ini memaklumkan, sepasukan pegawai penyiasatnya diarahkan ke lokasi kejadian pada Selasa bagi menjalankan siasatan, sebaik sahaja menerima maklumat mengenai kejadian tersebut.


Ujarnya, kemalangan membabitkan seorang pekerja lelaki warganegara asing berusia 36 tahun yang ditimpa runtuhan batu kuari semasa menjalankan kerja memindahkan batu kuari di kawasan tersebut. "Hasil siasatan mendapati mangsa merupakan pemandu jengkaut bagi sebuah syarikat kontraktor yang dilantik untuk membuat kerja memindahkan batu kuari dari kawasan kuari tersebut.

Kerjaya Madani Politeknik Shah Alam

"Semasa kejadian mangsa bersama tiga orang rakan sekerjanya sedang menjalankan kerja mengalihkan batu kuari menggunakan jengkaut ke dalam lori.


"Runtuhan batu kuari telah menyebabkan mangsa dihempap batu kuari, operasi menyelamat telah dijalankan oleh pihak bomba dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.


Sehubungan itu katanya, JKKP akan mengambil tindakan perundangan ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya terdapat pelanggaran di bawah peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.


"Pihak majikan telah diarahkan untuk menghentikan kerja-kerja pengoperasian kuari sehingga tindakan penambahbaikan diambil oleh pihak mereka.


"JKKP memandang serius setiap kemalangan melibatkan pekerja mahupun orang awam. Majikan mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti di tempat kerja.


"Majikan bertanggungjawab untuk mengenal pasti terlebih dahulu bahaya-bahaya di tempat kerja, membuat analisa risiko dan seterusnya mengadakan kawalan risiko yang berkesan sebelum pekerja menjalankan aktiviti kerja.


"Ia bagi mengurangkan risiko keselamatan ke atas pekerja dan mengelakkan berlakunya kemalangan," jelas kenyataan itu.


Selain itu katanya, kejadian sebegitu boleh dielakkan jika majikan melaksanakan penaksiran dan kawalan risiko yang komprehensif mengikut kaedah yang dinyatakan dalam garis panduan.


Selasa lalu media melaporkan, seorang pekerja asing dilaporkan maut dalam kejadian runtuhan batu kapur di sebuah tapak kuari di Jalan Cameron Highlands-Keramat Pulai dekat Simpang Pulai.


Sumber: Astro Awani


Pekerja asing maut runtuhan batu: JKKP Perak arah henti operasi kuari, siasat kes


13 views

Comments


bottom of page