Scientex lancar projek perumahan berskala besar 7,400 unit di Paya Rumput Melaka
- 18 minutes ago
- 1 min read

PAYA RUMPUT, MELAKA
Pembangunan Perumahan Berskala Besar
Projek dibangunkan oleh Scientex Heights Sdn Bhd di Paya Rumput, Melaka.
Keluasan tapak: 528 ekar.
Jumlah pembangunan: 7,400 unit kediaman.
Tempoh pembangunan keseluruhan: sekitar 10 tahun.
Fokus Rumah Mampu Milik
Sebanyak 3,700 unit (hampir 50%) diperuntukkan sebagai Rumah Mampu Milik.
Termasuk rumah kos sederhana rendah dan pangsapuri kos rendah.
Julat harga: RM70,000 hingga RM250,000.
Menyasar pembeli rumah pertama, golongan B40 dan M40.
Komponen Kediaman & Harga Pasaran
Rumah teres dua tingkat antara RM288,000 hingga RM328,000.
Rekaan menekankan kecekapan kos pembinaan dan penggunaan ruang.
Model dua tingkat dipilih kerana lebih ekonomik dan praktikal.
Lokasi Strategik & Infrastruktur
5 km dari Bandar Melaka, 10 km ke Ayer Keroh, 15 km ke Alor Gajah.
Berpotensi memacu pertumbuhan pembangunan pinggir bandar.
Fasa pertama dijangka siap sekitar 18 bulan selepas mula pembinaan.
Berita Harian | Editorial




Comments